[VIDEO] Gara – gara ‘Selfie’ Atas Landasan Kereta Api, Wanita Maut Tak Sempat Selamatkan Diri

[VIDEO] Gara – gara ‘Selfie’ Atas Landasan Kereta Api, Wanita Maut Tak Sempat Selamatkan Diri

Gara – gara ‘Selfie’ Atas Landasan Kereta Api, Wanita Maut Tak Sempat Selamatkan Diri. Demi ingin berswafoto di atas landasan kereta api, seorang wanita berdepan detik ngeri apabila digilis kereta api. Kejadian berkenaan berlaku di Bandung, Indonesia pada Ahad lalu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Info Jawa Barat di Instagram, memaparkan sekumpulan wanita yang ingin menangkap gambar dengan cepat di atas landasan kereta api tanpa menyedari bahawa terdapat kereta api yang sedang bergerak laju ke arah mereka meskipun orang disekitar kawasan berkenaan telah memberi amaran.

Namun salah seorang daripada mereka terjatuh dan tidak dapat menyelamatkan dirinya. Kereta api berkenaan tidak dapat berhenti secara tiba-tiba lalu merempuh wanita malang tersebut.

Warga setempat yang melihat kejadian berkenaan bergegas mengeluarkannya dan membawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya tetapi tidak dapat diselamatkan akibat cedera parah.

 Selfie

Setelah kejadian berkenaan berlaku, foto mangsa bersama kawan-kawannya tular di media sosial dan rupanya mereka adalah sekumpulan wanita yang baru habis bersenam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by INFO JAWA BARAT (@infojawabarat)

Difahamkan, jenazah mangsa telah selamat dikebumikan di Tempat Permakaman Umum (TPU) Gumuruh, Indonesia.

Dalam pada itu, Pengurus Perhubungan Awam stesen terbabit meluahkan rasa kesal kerana masih ada individu degil yang menceroboh landasan untuk mengambil gambar walaupun pihaknya telah mengeluarkan amaran.

Aktiviti di landasan kereta api sangat berbahaya, bukan hanya untuk keselamatan perjalanan kereta api tetapi bahaya untuk masyarakat yang membuat aktiviti di lokasi terlarang tersebut.

Sumber: https://ohbulan.com/video-gigih-selfie-atas-landasan-kereta-api-wanita-maut-tak-sempat-selamatkan-diri

BACA:

COMMENTS