Video Detik Ikan Jerung Ditelan ‘Ikan Gergasi’

Video Detik Ikan Jerung Ditelan ‘Ikan Gergasi’

Video Detik Ikan Jerung Ditelan ‘Ikan Gergasi’.Sekumpulan nelayan berjaya merakam detik seekor jerung bersaiz sekitar tiga kaki ditelan seekor ikan kerapu besar di Florida, Amerika Syarikat.

Menurut Daily Star, ketua kumpulan itu, John Brossard mendakwa mereka sedang memancing jerung di perairan berkenaan sebelum melihat tiga bayang gelap berenang di bawah jerung yang ditangkap mereka.

Secara tiba-tiba, salah satu ikan besar berkenaan muncul ke permukaan dan menelan jerung tersebut, sekaligus menyebabkan tali pemancing mereka putus.

“Kami sedang memancing, tiba-tiba ternampak dua atau tiga kerapu gergasi berenang di bawah bot, menunggu tangkapan kami,” kata John seperti dipetik portal tersebut.
“Kami sangat terkejut. Ia makan jerung, bawanya ke dalam dan putuskan tali. Kami gunakan tali berkapasiti 50 paun tapi tidak cukup,” tambahnya.

Ujar lelaki itu, dia percaya ikan kerapu gergasi tersebut mempunyai besar sekurang-kurangnya 500 paun, bersamaan sekitar 226.8 kilogram.

BACA:Panas!!!! Dua anggota polis leka berhibur antara 14 ditahan

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/09/20/video-mendebarkan-detik-ikan-jerung-ditelan-ikan-gergasi-dalam-satu-nafas-saja/

COMMENTS