video detik cemas tentera terjunam,payung terjun gagal dibuka

video detik cemas  tentera terjunam,payung terjun gagal dibuka

video detik cemas tentera terjunam ke tanah payung terjun gagal dibuka.Seorang tentera berdepan detik-detik cemas apabila terjunam dari udara selepas payung terjun yang digunakan dalam kursus latihan gagal dibuka, lapor akhbar The Sun semalam.

Luis Alfonso Garces Vila ketika kejadian sedang menjalani latihan di Fakulti Tentera Payung Terjun di Tolimo, Colombia, Sabtu lalu, sebelum membuat terjunan dari sebuah helikopter bersama rakan-rakan sepasukan.

Namun, ketika berada di udara, payung terjunnya gagal dibuka sebelum dia jatuh menjunam ke atas tanah.

Rakaman insiden itu menunjukkan Vila terjatuh dari satu jarak ketinggian yang ‘agak tinggi’.

Dia kemudiannya dikejarkan ke sebuah pusat perubatan yang terletak kira-kira 45 minit dari Pangkalan Udara Tolemaida dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Laporan media tempatan menyebut bahawa salah satu payung terjun simpanan Vila telah terbuka sebelum dia jatuh ke tanah

Sumber: KOSMO

BACA: Gempar!!! Penemuan Makhluk ganjil terdampar di pantai, cetus panik orang ramai

COMMENTS