(Video) Detik cemas Kereta Audi Dihanyut Arus Deras

(Video) Detik cemas Kereta Audi Dihanyut Arus Deras

Detik cemas Kereta Audi Dihanyut Arus Deras.Sebuah rakaman video tular apabila sebuah kereta Audi hanyut selepas pemandunya dipercayai cuba menyeberangi sungai yang deras di Romania, lapor Daily Mail.

Video itu dipercayai dirakam di sungai Teleajen di daerah Prahova, Romania dan dikongsikan di halaman Facebook Info Trafic Prahova.

Menerusi rakaman video tersebut, seorang lelaki berumur 30 tahun yang merupakan pemandu kereta mewah tersebut dikatakan cuba menyeberangi sungai yang deras itu untuk menuju ke sebuah resort.

Dalam video itu juga, terlihat seseorang sedang melintasi jejantas di sungai itu dan seorang lagi yang marakam aksi itu ditanya oleh pemandu jika mereka akan menaiki kereta itu.

 

Mereka berkata bahawa mereka ingin melihat sama ada pemandu tersebut boleh melepasi sungai itu dengan jaya dahulu.

Pemandu itu kemudiannya dipercayai terus memasuki sungai itu sebelum dihanyutkan dengan arus deras dan melanggar jambatan yang tersedia itu.

Memetik daripada laporan Daily Mail, terdapat amaran cuaca pada masa itu dan Dâmbovița merupakan salah satu kawasan yang terjejas dengan hujan lebat dan banjir.

Menurut laporan media tempatan Romania, pemandu itu kemudiannya diselamatkan oleh anggota bomba.

Baca :Pembantu tadbir hospital di tangkap SPRM

COMMENTS