(Video) Detik Cemas Gadis Tiba-tiba Digigit Ular Di Pipi

(Video) Detik Cemas Gadis Tiba-tiba Digigit Ular Di Pipi

Detik Cemas Gadis Tiba-tiba Digigit Ular Di Pipi.Seorang kanak-kanak perempuan menghadapi detik-detik cemas apabila dia digigit seekor ular di bahagian pipi, lapor Daily Mail

Kejadian itu berlaku di sebuah zoo, Taman Rama-Rama yang terletak di bandar Yekaterinburg, wilayah Rusia, Sverdlovsk Oblast. Video rakaman mengenai kejadian itu telah dikongsi di rangkaian sosial Rusia VK pada 30 Ogos lalu dan menjadi viral dengan jumlah tontonan yang melebihi 45,000 kali dalam beberapa jam.

Semasa kejadian, ular tersebut diletakkan di leher gadis yang berusia lima tahun itu kerana dia ingin bergambar dengannya. Ketika sedang berposing, ular itu kemudian menggigit pipinya. Wakil zoo berkenaan mengatakan bahawa ini merupakan kali pertama kejadian seperti itu berlaku. Walau bagaimanapun, ular yang menggigit pipi kanak-kanak itu dipercayai jenis hook-snouted rufous beaked dari Afrika Timur dan tidak berbisa.

Cemas

Bapa kanak-kanak itu, iaitu Vladimir menceritakan kepada media tempatan, “Saya terus pergi mengambil isteri dan anak-anak saya setelah diberitahu bahawa anak perempuan bongsu saya digigit ular. Saya meminta bukti bahawa ular itu tidak berbisa dan selamat.”

Sebelum kejadian itu berlaku, kanak-kanak yang dikenali sebagai Victoria itu dilaporkan telah memakan ayam dan bermain dengan anak ayam di zoo berkenaan. Pakar Ekaterina Uvarova lantas menyampaikan satu teori mengapa ular tersebut menggigit kanak-kanak itu, “Ular sangat sensitif terhadap bau. Sekiranya ia lapar dan kanak-kanak itu pula berbau seperti anak ayam yang merupakan mangsanya, mendorong ular tersebut untuk menggigitnya,” ujar beliau.

Kanak-kanak tersebut segera dibawa ke Hospital Kanak-kanak No.9 oleh ambulans untuk diperiksa lebih lanjut. Sementara itu, wakil zoo berkenaan dikatakan telah bertemu dengan ibu bapa Victoria untuk menyelesaikan masalah tersebut secara peribadi.

Portal Daily Mail menyebutkan bahawa para pengunjung sebenarnya bebas untuk mengendalikan ular sesuai dengan peraturan di situ. Namun begitu, pada masa akan datang mereka terpaksa menghentikan aktiviti pengendalian ular untuk mengelakkan perkara sebegitu berlaku lagi.

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/09/01/video-detik-cemas-gadis-tiba-tiba-digigit-ular-di-pipi-ketika-sedang-bergambar-bersama/

BACA: Permohonan Bantuan RM500 Warga Emas

COMMENTS