[Video] Cabul remaja Perempuan sambil naik motosikal, lelaki ini tidak sedar sedang dirakam

[Video] Cabul remaja Perempuan sambil naik motosikal, lelaki ini tidak sedar sedang dirakam

Keselamatan kaum wanita di Malaysia hari ini semakin membimbangkan dengan pelbagai masalah yang wujud. Malah, ramai wanita pada hari ini berasa takut untuk keluar rumah apatah lagi jika terpaksa keluar seorang diri.

Namun, malang buat seorang remaja perempuan apabila dia dikatakan telah menjadi mangsa cabul pada Khamis lepas seperti yang telah dilaporkan oleh Sinar Harian.

Remaja perempuan yang berusia 18 tahun itu dipercayai telah dicabul oleh seorang penunggang motosikal pada 25 Mac 2021 di Lorong Limau Manis, Jalan Hamzah, Kota Bharu, Kelantan.

Wan Khairuddin Wan Idris selalu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan berkata, pihaknya telah menerima laporan polis yang dibuat oleh mangsa di Balai Polis Kota Bharu pada jam 11 malam hari yang sama.

Menurut keterangan mangsa, kejadian itu dikatakan berlaku pada jam 9.40 pagi ketika dia sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dan dihampiri oleh suspek yang menaiki motosikal jenis Honda C90, dari belakang.

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut, suspek dianggarkan berusia 40 hingga 50-an itu bertindak menyentuh punggung mangsa sebelum memecut melarikan diri.

Video yang dikongsikan di laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis.

Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu terus membuat laporan polis.

 

Sumber:https://ohmedia.my/ohtidak/lelaki-sempat-cabul-remaja-perempuan-sambil-menunggang-motosikal/

COMMENTS