[VIDEO] Biawak masuk medan selera buat pelanggan kaget

[VIDEO] Biawak masuk medan selera buat pelanggan kaget

Biawak masuk medan selera buat pelanggan kaget. Kehadiran seekor biawak di sebuah medan selera memeranjatkan pelanggan yang sedang menikmati makanan hingga ada yang cuba melarikan diri.

Berdasarkan klip video berdurasi 14 saat itu yang dimuat naik oleh @kak_ekya di media sosial, memaparkan seekor biawak tiba tiba muncul di medan selera tersebut sebelum diusir keluar oleh seorang lelaki.

“Kadang-kadang biawak ni ada yang jenis melawan, ada juga yang jenis lagi ganas, sebab tu la kita kena berhati-hati,” katanya.

Difahamkan kejadian seperti ini sering berlaku di medan selera Market Kuning, Mukah, Sarawak.

Susulan perkongsian itu, tindakan lelaki yang telah menyelamatkan keadaan kerana mengusir biawak ke dalam sungai telah mendapat pujian orang ramai.

“Pak cik tu punya level keberanian die hebat lah,” kata @Puteri.

“Terbaik abang tu. Saya kalau nampak cicak pun terus lari,” ujar @kopyory.

“Mantap hero main campak macam tu je. lain kali, campak kat dapur dalam kuali buat masak kicap air asam,” jelas

BACA: Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) dakwa “ditahan” (SPRM)

COMMENTS