(Video) Beria Tangkap Bunga Pengantin, Balik Rumah Isteri Suruh ‘Tidur’ Kat Luar

(Video) Beria Tangkap Bunga Pengantin, Balik Rumah Isteri  Suruh ‘Tidur’ Kat Luar

Beria Tangkap Bunga Pengantin, Balik Rumah Isteri Suruh ‘Tidur’ Kat Luar.Alam rumah tangga tak akan meriah tanpa gurau senda di antara pasangan suami isteri. Tetapi, soal nak kahwin lagi satu jangan dibuat gurau kerana wanita kebiasaannya akan overthinking dan mungkin boleh merajuk selama berhari-hari.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular di TikTok Indonesia mengenai nasib seorang lelaki yang tak dibenarkan masuk ke dalam rumah selepas ‘buat perangai’ di majlis perkahwinan.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Sahil Mulachela, dia dilihat dengan girangnya menangkap jambangan bunga yang dilemparkan oleh pengantin. Seperti yang diketahui, sesiapa yang berjaya menangkap bunga itu dikatakan akan melangsungkan perkahwinan kelak.

@sahilmulachelaGA NYANGKA‼️#TheCamels

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Dek kerana itu, dia telah ‘dihukum’ oleh isterinya dengan terpaksa duduk di dalam khemah anaknya yang diletakkan di luar rumah. Lebih menghiburkan, anak lelakinya juga bagaikan sudah ‘berkomplot’ dengan isterinya.

@sahilmulachelaBuntut panjang dr video sebelumnya 😭 #TheCamels

♬ original sound – Sahil Mulachela


Dalam masa sama dia menjelaskan kepada isterinya bahawa tindakan itu hanyalah sekadar hiburan sahaja.

“Hiburan? Siapa yang terhibur?,” soal isterinya.

“Aku sebenarnya ingin berikan bunga itu kepada kamu,” pujuknya kembali ketika berada di luar rumah.

@sahilmulachelaDan INI YG TERJADI‼️ #TheCamels

♬ original sound – Sahil Mulachela

Mujurlah selepas tiga jam, isterinya membenarkannya masuk ke dalam rumah, dengan syarat dia perlu membersihkan lantai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat video itu dan mengatakan bahawa lelaki itu ‘layak’ mendapat ‘hukuman’ tersebut.

Sumber :siakapkeli.my

BACA: 159 ibu tunggal baharu perlu perhatian

COMMENTS