[video] Apabila dua bintang TikTok bertemu , ini yang terjadi….

[video] Apabila dua bintang TikTok bertemu , ini yang terjadi….

Apabila dua bintang TikTok bertemu , ini yang terjadi….Sebuah video TikTok yang tular baru-baru ini telah membuat ramai tersenyum apabila dua bintang TikTok, Khaby Lame dan Cef Burak berkolaborasi dalam sebuah video.

Khaby Lame merupakan influencer TikTok dengan jumlah pengikut kedua terbanyak di dunia terkenal dengan video-videonya di mana dia tidak bercakap dan hanya menunjukkan cara paling mudah untuk melakukan sesuatu.

Cef Burak pula terkenal dengan video-video masakannya yang bukan sahaja dihasilkan dengan cara luar biasa tetapi juga dengan reaksinya yang sentiasa tersenyum pada kamera.

Kedua-dua influencer tersebut mempunyai personaliti yang melucukan membuatkan ramai yang tidak dapat menahan rasa geli hati melihat mereka bergabung dalam sebuah video.

 TikTok

Video yang dikongsikan semula ke Twitter itu menunjukkan cef berusia 27 tahun itu sedang memotong bawang sambil tersenyum pada kamera. Lame kemudian masuk ke dapur dan membuka mata cef berkenaan dengan besar sebelum menunjukkan cara mudah untuk memotong bawang.

Pemuda berusia 21 tahun itu kemudian mengambil pisau dan membelah sebiji bawang sebelum menunjukkan aksi trademarknya, dan tindakannya itu membuat cef Burak kagum.

Sumber: https://himpunanceritalawak.com/2021/09/06/khaby-lame-bertemu-cef-burak-raih-perhatian-ramai-dia-bukaknya-mata-orang-tu/

BACA: Mesir hukum gantung 8 warga asing ini sebabnya

COMMENTS