[VIDEO] Anggota Bomba nyaris lemas bantu mangsa banjir

[VIDEO] Anggota Bomba nyaris lemas bantu mangsa banjir

Anggota Bomba nyaris lemas bantu mangsa banjir.Seorang anggota bomba nyaris lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah itu berjaya diselamatkan oleh rakan sepasukannya dan dikejarkan ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan anggota berkenaan tersangkut dalam aliran deras air banjir sebelum kira-kira lapan orang anggota bomba bersama-sama 10 penduduk kampung yang lain menyelamatkannya.

Salah seorang saksi, Md. Yusof Hitam, 68, berkata, keadaan mula kecoh selepas penghuni rumah yang cuba diselamatkan oleh mangsa menjerit meminta tolong.

“Orang dalam rumah tu menjerit, mungkin selepas dia terkejut melihat anggota bomba berkenaan lemas dalam arus deras banjir.

“Kira-kira 20 orang turun cuba selamatkan mangsa termasuklah anggota bomba lain seramai tujuh hingga lapan orang,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Putat, di sini hari ini.

Tambahnya, situasi cemas itu berlaku dalam tempoh kira-kira 15 minit sebelum anggota berkenaan berjaya dibawa naik ke atas dengan selamat.

Jurucakap bomba bagaimanapun memberitahu, anggota tersebut masih belum sedarkan diri

Sumber:KOSMO

BACA: Hujan ais sebesar buah magga

COMMENTS