[VIDEO] Aksi lagak ngeri penunggang basikal untung kecaman Netizen

[VIDEO] Aksi lagak ngeri penunggang basikal untung kecaman Netizen

Aksi lagak ngeri penunggang basikal untung kecaman Netizen.Dua individu berbasikal melakukan aksi lagak ngeri yang boleh membahayakan nyawa mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi satu video berdurasi 25 saat yang dikongsi Brainless Driver Malaysia Edition di Facebook memaparkan dua individu berbasikal ‘mencucuk’ angin sebuah lori dengan mengekori rapat kenderaan terbabit.

Bagaimanapun, masa dan lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata orang ramai menyatakan kebimbangan terhadap tindakan kedua-dua individu berkenaan.

aksi

“Kalau jatuh memang melecet badan, dengan baju dan seluar nipis, apa yang mereka harapkan untuk melindungi diri, helmet pun kecil saiznya langsung tidak selamat digunakan di atas jalan raya yang ada kenderaan lain,” kata Faris Hakimi.

“Yang menunggang motosikal pun tidak ikut belakang lori, inikan pula kamu yang berbasikal,” kata Fadzli Ghafar.

BACA: Lelaki maut kena renjatan elektrik ketika jolok buah

Sementara itu, Ah Bui menjelaskan mereka yang berbasikal sukar untuk menerima teguran dan menganggap jalan raya adalah ‘milik’ mereka.

“Geng ini mana boleh ditegur, jalan raya mereka punya. Nanti dah kena langgar baru ada akal. Yang ‘backup’ (sokong) geng ini pun boleh tahan,” tulisnya di Facebook.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/13/netizen-marah-aksi-lagak-ngeri-penunggang-basikal/

COMMENTS