(Video) Abang Polis Menangis Hiba, Dapat Tahu Mak & Ayah Terpaksa Ditidurkan Kerana COVID-19

(Video) Abang Polis Menangis Hiba, Dapat Tahu Mak & Ayah Terpaksa Ditidurkan Kerana COVID-19

Pegawai Polis Menangis Hiba, Dapat Tahu Mak & Ayah Terpaksa Ditidurkan Kerana COVID-19.Detik-detik insan tersayang ditidurkan dan dipasangkan oksigen merupakan satu ‘episod’ duka yang perlu dilalui oleh kebanyakan orang ketika era COVID-19 ini.

Pastinya perasaan takut dan sedih datang menerjah ketika mengucapkan salam dan selamat tinggal kepada mereka sebelum dimasukkan ke ICU.

Ketika itu, hanya doa dan tangisan yang mampu diiringi bersama dengan harapan agar insan tersayang itu sembuh dan pulang ke rumah semula.

Situasi itu juga dilalui oleh seorang pegawai polis yang menangis kerana ibu bapanya yang telah ditidurkan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh PDRM di Instagram, pegawai dari cawangan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik itu sedang melakukan panggilan video bersama keluarga dan ibu bapanya.

Hiba

Dia dilihat tidak mampu menahan kesedihan dan ditenangkan oleh rakan setugasnya.

“Allahuakbar, mak bangun mak,” katanya.

BACA: Kenapa Adam adli memilih PKR bukannya Muda,ini penjelasanya

PDRM turut memberikan kata-kata semangat buat pegawai itu dan mendoakan agar ibu bapanya segera sembuh.

“Banyakkan bersabar sahabatku, kerana setiap dugaan itu pasti ada hikmahnya. Kami turut mendoakan agar ayahanda dan bondamu yang sedang diuji akan diberikan kesembuhan oleh Yang Maha Esa. InsyaAllah,” kata PDRM menerusi kapsyen Instagram itu.

BACA; Gadis sebak lihat kakak menangis lepas solat kenapa ya

Sebak melihat video itu, netizen menghujani ruangan komen dengan memanjatkan doa buat ibu bapa pegawai polis itu.

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/09/18/video-allahuakbar-mak-bangun-mak-pegawai-polis-menangis-hiba-dapat-tahu-mak-ayah-terpaksa-ditidurkan-kerana-covid-19/

COMMENTS