[VIDEO] 5 Tahun Bercinta Hanya Jumpa 2 Bulan Sekali, Kekasih Kahwin Dengan Lelaki Lain

[VIDEO] 5 Tahun Bercinta Hanya Jumpa 2 Bulan Sekali, Kekasih Kahwin Dengan Lelaki Lain

[VIDEO] 5 Tahun Bercinta Hanya Jumpa 2 Bulan Sekali, Kekasih Kahwin Dengan Lelaki Lain.Walaupun perit untuk ditelan, seorang lelaki terpaksa akur dan reda apabila jodohnya tidak kesampaian dengan kekasih hatinya. Apa yang lebih memilukan, kekasih hatinya didakwa telah berkahwin dengan lelaki lain. Allahu!

Seperti video dikongsi seorang lelaki dari Indonesia, dikenali sebagai Rakafathoni di laman TikTok, menceritakan kisah cintanya yang cukup menyedihkan. Ujar lelaki ini, dia dan pasangannya terpaksa bercinta jarak jauh selama lima tahun dan hanya berjumpa dua bulan sekali.

Lelaki ini pada masa yang sama, turut membuat perancangan yang rapi dan dikatakan telah membeli sebuah rumah pada tahun 2019 untuk dijadikan tempat tinggal selepas mereka disatukan.

Kerja keras siang malam buat renovation rumah dan akhirnya rumah kita sudah jadi. Sayang, minta maaf kalau rumahnya kecil. Dapur pun saya buat ikut dengan ‘selera’ kamu sayang. Minta maaf katilnya kecil sedikit, nanti kita beli yang lebih besar kalau ada rezeki.

Tahun

Kena kerja lebih keras, target 2021 nak masuk minang awak.

 

Namun, segala perancangan tersebut hanyalah sia-sia apabila wanita tersebut didakwa telah berkahwin dengan lelaki yang lain. Lelaki ini pada mulanya, turut mempersoalkan tindakan kekasihnya yang berbuat demikian.

Kenapa kamu kahwin dengan orang lain. Sayang, kamu dah janji akan berada selalu di sisiku.

Mahu tak mahu lelaki ini terpaksa akur dan reda dengan apa yang telah terjadi dan pada masa yang sama dia turut menitipkan doa semoga bekas kekasihnya bahagia bersama suami tercinta.

Sumber: https://ohbulan.com/video-5-tahun-bercinta-hanya-jumpa-2-bulan-sekali-kekasih-kahwin-dengan-lelaki-lain-sayang-kamu-dah-janji-akan-selalu-ada

BACA: Puncak gunung Kebnekaise kehilangan ketinggian sebanyak 2 meter

COMMENTS