Versi ‘updated’ Saga bocor, ramai tak sabar

Versi ‘updated’ Saga bocor, ramai tak sabar. Alamak…bentuk Proton Saga versi kemaskini bocor pulak.Selepas Aidilfitri ini, industri automotif Malaysia boleh dikatakan rancak apabila banyak model baharu yang akan diperkenalkan.

Selain Perodua, Toyoto dan Honda, Proton juga tidak mahu ketinggalan untuk memperkenalkan model baharu.

Difahamkan, Proton bakal melancarkan Saga 2022 (Minor Change 2 (MC2) selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

Bagaimanapun sebelum majlis pelancaran secara rasmi dilakukan, risalah produk berkenaan dikatakan bocor di laman Facebook Saga R3 Community.

Versi ‘updated’ Saga bocor, ramai tak sabar

Untuk memudahkan anda mengetahui perubahan yang dilakukan, ini gambarnya disiarkan pada laman media sosial berkenaan:

  • Sistem kemasukan tanpa kunci
  • Butang Penghidup Enjin
  • Unit infotainmen tujuh inci jenis terapung dengan sistem operasi Altas OS
  • Penyaman udara kawalan iklim
  • Panel meter kelajuan dari rekaan daripada model Iriz/Persona
  • 5 Pilihan Warna

Kami menjangkakan tiada perubahan pada bahagian mekanikal yang mana Saga akan menggunakan janakuasa 1.3 liter 4-silinder. Ia menghasilkan kuasa 95PS pada 5,750rpm dengan tork setinggi 120Nm pada 4,000rpm.

Saga sedia ada masih lagi ditawarkan dengan versi manual lima kelajuan dan tidak diketahui adakah versi manual ini akan dikekalkan.

BACA:

Tun M dedah punca Umno tangguh pemilihan parti

Doktor kongsi tips elak kena diabetes

Tak perlu hantar cuci di kedai emas, bahan kemas Kembali bersinar guna bahan ini