Ustaz ini kongsi pengalaman urus jenazah Covid-19

Ustaz ini kongsi pengalaman urus jenazah Covid-19

Melihat kepada kematian yang banyak berlaku saban hari daripada pesakit covid,sampai kena disimpan dalam kontena.Bukan takat Frontliners yang merawat pesakit covid keletihan, yang menguruskan jenazah covid juga letih sebab di samping urus jenazah covid, mereka juga urus jenazah yg bukan covid. Jenazah covid lagi mencabar di uruskan.

Saya tiada kelayakan untuk membantu dalam bab medik dan perubatan tapi dalam bab jenazah boleh la sikit2.

Tergerak hati utk mesej Ust Deen dari SPJ Malaysia,Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia, menyatakan kesediaan untuk membantu.Dia teruja kerana ada orang nak membantu. Terus esoknya dia maklumkan jadual urusan jenazah covid dan yang tidak covid.

Tengok pada jadual, 2 jenazah biasa, 1 covid. Yg covid belah ptg. 2 lagi bertembung dgn tugas saya yg lain. Tak sempat. Jadi saya pilih yang petang. Berdebar pun ada juga sebab 1st time nak bersama dgn SPJ yang banyak pengalaman. Masuk2 terus urus jenazah covid.

Bila sampai di tempat untuk bersiap pakai full PPE, staff SPJ panggil ‘Ok Ust Meor ini PPE ustaz’. Orang lain semua sedang pakai PPE. Nampak biasa diorg pakai. Jujur saya bagitau mereka, tolong ajarkan saya cara pakai. 1st time ni. Mana nak mula dulu. Lebih baik kita bertanya dari memandai2.

Mula dari masukkan kaki sampai dah siap semuanya, 1st impressionnya ialah, susah nak bernafas dan rasa berpeluh. Takde ruang angin nak masuk. Dengan mask jenis N95, mmg padat tutup hidung dan mulut campur face sheild, memang tak selesa. Terfikir macamana Frontliners yang kena pakai PPE hari2 dan berjam2. Mask mereka 3 lapis. Nk bergerak dan bernafas memang susah tapi demi membendung wabak yang bahaya kini, mereka sanggupi.Siap pakai PPE, satu badan saya depan belakang di sanatise dengan semburan.

Terus naik van jenazah SPJ. Hanya 4 org saja termasuk drive. Van memecut laju dengan siren sebab kena sampai HUKM jam 5.30ptg.

Sampai di HUKM, terus ke bilik jenazah. Menunggu pula di situ beberapa ketika. Berpeluh dan sesak bernafas takyah cakap. Cover je. Tengok 3 orang lain macam ok(tapi sebenar tak selesa juga).
Bila jenazah dah sampai di pintu, keranda di keluarkan. Buka keranda, kena di sanatise luar dan dalam. Jenazah covid sudah siap di letak dalam plastik beg yang khas. 2 lapis. Waktu nk masukkan jenazah ke dalam plastik beg, dah sanatise setiap lapis dari pihak hospital. Sebelum kami nak angkat jenazah ke keranda, di sanatise sekali lagi. Kemudian di masukkan jenazah ke dalam van jenazah. Sebelum naik van, kami team SPJ kena di sanatise dulu seluruh badan.

Sampai di tanah perkuburan, KKM Gombak sedia menanti. Tak boleh turun selagi mereka tak selesai memakai Full PPE. Kat sini mencabar. Kami kena tunggu je dalam van. Dengan mask dan face sheild yang tak di buka sejak tadi. Keadaan dalam van jenazah yang tak luas macam Vellfire. Saya sampai tahap nak terlena masa dalam perjalanan bukan kerana mengantuk tapi kerana tak cukup oksigen bernafas. Bimbang tertidur terus je nanti.

Dah siap KKM dan ahli keluarga yang dengan PPE, baru kami dapat turun.Datang seorang staff KKM untuk sanatise keranda luar dalam dan jenazah termasuk laluan kami turun van dan sekeliling van.
Total dalam 8 orang (termasuk kami) yang uruskan jenazah. 3 org masuk dalam liang untuk sambut jenazah. Selesai lepas mereka naik, tiba masa untuk kambus tanah. Saya biasa juga kambus tanah waktu kebumi tapi kali ini rasa keletihan sebab tak cukup oksigen bernafas. Termasuk juga ahli team yang lain. Seketika masing2 terbehenti kerana keletihan. Baju dalam PPE takyah cakap dah macam sauna. Namun di gagahkan juga untuk segera selesai kambus.

Habis kambus, doa ringkas dan tiba masanya untuk dapat tanggalkan PPE sepenuhnya. Nak tanggalkan kena ikut turn. 1st kena sanatise seluruh badan. Kemudian jauh sikit dari tempat kebumi tadi dah di sediakan tong sampah untuk kami buang semua PPE dari kepala sampai kaki.Pertama sekali yang di buka mestilah face sheild dan mask. Ya Allah syukur boleh menghirup udara segar kembali. Kemudian di ikuti dengan baju(takde zip), di koyakkan saja dari atas ke bawah.Asalkan dapat di tanggalkan.

Begitulah keadaan pengurusan jenazah covid. Ada keadaan SPJ yang kena tayammumkan dan solat jenazah di hospital. Ada seperti jenazah ini tadi pihak hospital dah lakukan semuanya.
Jadi, dari segi bab keselamatan dan kesihatan memang amat2 di jaga. Taktau baju basah sebab peluh atau kena sanatise (bercampur). Banyak kali sangat kami kena di sanatise.

Nak bagitau, sukarnya para frontliners yang kena memakai PPE, nak bernafas, makan, ke tandas lagi la sukar. Kena bergerak ke sana sini uruskan pesakit.

Jadi yang masih sihat tu jagalah diri betul2. Jangan buat ambil lewa dan tak puas hati itu ini apa yang SOP tetapkan.Termasuk yang dah ambil vaksin.

Jemput la sama join SPJ membantu.Bagi mereka2 yang lain pertugas sempat berehat juga.

Kita masih berperang dengan covid tapi kalau dalam berperang ada yang buat sambil lewa, macamana nak menang?

Terima kasih kepada Ust Deen dan team kerana beri tunjuk ajar. Banyak lagi sebenarnya yang perlu saya belajar dalam bab pengurusan jenazah. Terasa kerdil di sisi mereka. Ada anak muda umur 20an sudah terlibat dengan SPJ. Respek saya padanya.Teruskan usaha murni antum. Ya Allah yang dapat membalasnya.

Sumber:

COMMENTS