Ustaz Cabul Pelajar Bawah Umur Katanya ‘Turunkan’ Ilmu,

Ustaz Cabul Pelajar Bawah Umur Katanya ‘Turunkan’ Ilmu,

Ustaz Cabul Pelajar Bawah Umur Ketika Upacara ‘Turunkan’ Ilmu.Di Banten, Indonesia seorang ustaz didakwa mencabul beberapa pelajar perempuan berusia 15 dan 16 tahun ketika melakukan upacara mandi bunga bagi tujuan menyalurkan ilmu kebatinan.

Memetik laporan Suara.com, kejadian pertama tidak bermoral tersebut dilakukan oleh ustaz berkenaan pada April yang lalu. Difahamkan, ketika itu seorang pelajar perempuan datang menghadiri kelasnya dan menawarkan diri untuk mendalami ilmu kebatinan sebelum dia disuruh mandi bunga.

Mengulas lebih lanjut, ketika proses mandi bunga itu berlangsung pelajar itu dipercayai dimandikan dalam keadaan berpakaian sebelum dia dicabul oleh suspek selepas prosedur itu tamat. Ujar Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Tangerang, Komisioner Polis Abdul Rachim suspek dipercayai melalukan perkara yang sama kepada beberapa pelajar perempuan yang lain.

Kami mendapati bukan sahaja seorang mangsa terlibat, malah ramai lagi yang menjadi mangsa ustaz terbabit.

Bapa saudara kepada mangsa mendakwa kejadian tersebut membuatkan mangsa trauma dengan apa yang telah terjadi. Difahamkan, kegiatan tidak bermoral ustaz tersebut terbongkar susulan laporan yang dibuat oleh ibu bapa mangsa.

Anak saudara saya diminta buka baju kemudian dicium dan diminta untuk memegang kemaluannya.

Baca :Pelajar dakwa ditampar dua guru buat laporan polis

COMMENTS