Ust Daud Che Ngah positif Covid-19, dirawat di hospital

Ust Daud Che Ngah positif Covid-19, dirawat di hospital

Ust Daud Che Ngah positif Covid-19, dirawat di hospital.Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Datuk Md. Daud Che Ngah yang disahkan positif Covid-19 kini mendapat rawatan di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Beliau yang berusia 75 tahun dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pusat rawatan tersebut petang semalam selepas paras oksigennya menurun ke tahap 96 peratus.

Bagaimanapun, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Daud berkata, sejak malam tadi kandungan oksigennya sudah beransur pulih ke tahap normal dengan mencatat bacaan 99 peratus dan kadangkala 100 peratus.

Daud

“Alhamdulillah, kesihatan saya sudah bertambah baik. Doktor beritahu cuma nafas saya ada bunyi sedikit. Sebabnya saya ada penyakit lelah tetapi saya sudahpun dipindahkan ke wad biasa hari ini. Lagipun saya tidak bergejala,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ustaz Daud hanya menyedari dijangkiti Covid-19 selepas membuat ujian kerana demam di sebuah pusat perubatan di Kampung Baru.

Beliau berkata, apabila disahkan positif dan bacaan oksigennya agak menurun, doktor nasihatkan agar dapatkan rawatan selanjutnya dengan segera,.

“Jangan bimbangkan kesihatan saya. Doakan semoga saya cepat pulih seperti sediakala. Alhamdulillah, isteri saya disahkan negatif Covid,” jelas beliau.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/berita/2021/09/us-daud-positif-covid-19-dirawat-di-hospital/

BACA: Terkini!!! Berikut Sop Negeri PPN Fasa 2

COMMENTS