Usahawan Terbuang Plastik , terpaksa kejar lori sampah

Usahawan Terbuang Plastik , terpaksa kejar lori sampah

Usahawan Terbuang Plastik Isinya mengejutkan.Seorang ahli perniagaan hampir ‘berputih mata’ apabila secara tidak sengaja membuang €19,000 (RM89,737) yang dianggap sebagai sampah.

Memetik laporan Daily Star, usahawan dari kepulauan Lemnos di Greece telah memasukkan wang tunai ke dalam dua beg sampah dengan niat untuk melawat cawangan perniagaannya pada pagi Isnin bagi mendepositkan wang itu.

Selain daripada dua beg berisi wang, dia juga mempunyai kotak berisi sampah yang perlu dibuang.

Ketika dalam perjalanan ke kedainya, dia berhenti di sebuah tong sampah besar untuk membuang sampahnya.

Tanpa disedari, lelaki itu turut membuang beg berisi wang tunai sebelum meneruskan perjalanan ke kedainya.

Dia mula menyedari kesilapannya apabila dia memasuki kedainya dan mendapati dua beg plastik berisi wang tunai sudah tiada.

 

Usahawan

Tanpa membuang masa, lelaki tersebut berlari dan memberhentikan lori sampah lalu menceritakan perkara sebenar kepada pekerja majlis perbandaran.

Saya melihat sekeliling dan menyedari beg yang penuh dengan wang itu tidak ada lagi dan segera menyedari apa yang telah saya lakukan.

Saya mula panik, berlari ke luar dan memberhentikan lori sampah yang bergerak dan memberitahu tiga pekerja apa yang berlaku.

Kami mula mengorek semua sampah dan akhirnya menemui beg wang tunai pertama. Kami tidak menemui beg kedua, jadi lori sampah itumenghamburkan sampah di tepi jalan dan kami mencari dalam setiap beg sampah sebelum menemui plastik yang kedua.

BACA:Penangan Selepas DiviraIkan Harga Siakap Kayangan

COMMENTS