Usaha cari pasangan, rupanya jodoh sendiri depan rumah jer..

Usaha cari pasangan, rupanya jodoh sendiri depan rumah jer..

Berbicara soal ajal, jodoh, dan rezeki tiada siapa yang tahu melainkan Allah S.W.T. Semuanya telah ditetapkan olehNya dan kita sebagai manusia perlu akur dan reda dengan ketetapan ini.

Seperti video yang tular di laman TikTok dikongsi seorang wanita dikenali sebagai Dyha.Ishak, yang sama sekali tidak menyangka akan berkahwin dengan jiran sendiri. Bahkan, jarak di antara rumahnya dengan rumah suaminya begitu dekat dan hanya memerlukan 10 langkah sahaja. Itulah orang cakap kalau jodoh tak ke mana!

Kahwin dengan jiran depan rumah

@dyha.ishakKahwin dengan jiran depan rumah 😜♬ original sound .cc – Mikatefu

Jelas ibu kepada dua cahaya mata ini, dia sebelum ini sama sekali tidak menyangka akan dipertemukan jodoh dengan jiran sendiri. Bahkan, dia pernah berniat untuk mencari calon suami semasa melanjutkan pelajaran di peringkat universiti namun hasratnya ketika itu terbantut. Ujarnya lagi, dia dan suaminya tidak pernah bercinta sebelum sah bergelar suami dan isteri.

Dah 7 tahun dah kahwin rupanya dengan jiran depan rumah 10 langkah ni. Kami tak pernah bercinta pun sebelum kahwin. Mak mentua dan kak ipar yang propose. Rupanya jodoh depan rumah…

@dyha.ishakTime raya best tak? 🤣

♬ Please Don’t Go – Mike Posner

Walaupun sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga, wanita turut menceritakan mereka berdua pernah hampir memutuskan pertunangan disebabkan dugaan-dugaan yang mendatang. Bagaimanapun, dugaan tersebut berjaya diatasi oleh mereka berdua. Bercerita lebih lanjut, wanita ini telah dilamar sendiri oleh ibu mentua dan kakak iparnya sendiri sebelum mengambil keputusan untuk menerima lamaran itu.

Menerusi video lain yang dikongsi, dia turut menceritakan proses untuk balik kampung semasa musim raya yang sering menjadi perdebatan dalam kalangan pasangan lain sama sekali tidak menjadi masalah buat mereka.

Sumber:https://ohbulan.com/kalau-dah-jodoh-siapa-sangka-jiran-sendiri-jadi-suami

 

COMMENTS