UniMap universiti pertama rancang tanam ganja sativa

UniMap universiti pertama rancang tanam ganja sativa

UniMap rancang tanam ganja sativa.Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjadi universiti awam pertama menjalankan penyelidikan mengenai tanaman hemp atau ganja jenis Cannabis sativa yang dijangka mula ditanam di kampus Sungai Chuchuh, Padang Besar dekat sini dalam masa terdekat.

Ia selepas universiti tersebut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan MyUS Hemphouse Sdn. Bhd. (MyUS), syarikat yang berpusat di Kuala Lumpur.

Naib Canselornya, Prof. Dr. Zaliman Sauli berkata, tanaman itu akan ditanam di kawasan seluas kira-kira 0.8 hektar dengan kawalan ketat bagi tujuan kajian penghasilan produk antaranya perubatan, kosmetik, tekstil dan fiber.

Katanya, penanaman spesies terkawal itu memerlukan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti pagar sebanyak dua lapis.

“Selepas MoU ditandatangani, pihak MyUS akan membuat permohonan lesen daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan proses penanaman dijangka dapat dilakukan dalam masa terdekat.

UniMap

“Kami jangka pada peringkat awal ini, sebanyak 500 pokok hemp akan ditanam di kawasan seluas 0.8 hektar,” katanya selepas majlis menandatangani MoU tersebut di kampus induk Unimap di Pauh Putra di sini hari ini.

Terdahulu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP berkenan menyaksikan MoU antara Zaliman dan Ketua Pegawai Eksekutif MyUS, Datuk Nellsen Young.

Sementara itu, Nellsen berkata, Perlis dipilih sebagai lokasi kerana ia merupakan negeri di utara yang mempunyai tanah dan iklim sesuai untuk tanaman itu selain mempunyai tanah yang banyak untuk digunakan.

“Sebenarnya industri hemp ini bukan baharu di Malaysia. Beberapa tahun lalu, sudah ada percubaan oleh pihak lain di kawasan yang dekat dengan Perlis tetapi mereka sudah berhenti. Jadi, daripada segi iklim dan tanah itu sesuai.

“Selain itu, kita juga akan mendapatkan kepakaran daripada segi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dari UniMAP,” ujarnya.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/10/unimap-jangka-tanam-hemp-dalam-masa-terdekat/

BACA: Terkejut Jumpa ‘Sesuatu’ Dalam Telinga Pesakit,Pegawai Perubatan Kongsi Pengalaman

COMMENTS