UMNO Selangor sedia kerjasama Pas

UMNO Selangor sedia kerjasama Pas

UMNO Selangor sedia kerjasama Pas. UMNO Selangor sentiasa mempunyai hubungan baik dengan Pas melalui Muafakat Nasional (MN) dan bersedia bekerjasama sekiranya mendapat restu daripada pucuk pimpinan.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, parti itu tidak mempunyai sebarang permasalahan dengan Pas dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

“Kerjasama UMNO dengan pemimpin Pas seperti di Tanjong Karang masih kukuh dengan saling membantu antara satu sama lain.

“Soal sama ada wujud MN atau hanya bergerak solo di Selangor terletak pada keputusan kepimpinan UMNO,” katanya dalam sidang akhbar selepas program tinjauan mesra (walkabout) di Kampung Sawah Sempadan di sini, pada Jumaat.

Ditanya mengenai ura-ura pertemuan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, Noh berkata, beliau tidak mengetahui kebenaran berita itu.

UMNO Selangor sedia kerjasama Pas

“Namun, jika benar ura-ura gabungan itu akan dihidupkan semula, saya mengharapkan hasil yang positif,” kata beliau.

Tambah Noh, bagaimanapun beliau berpegang kepada prinsip akur dengan segala keputusan pimpinan tertinggi UMNO.

“Sebagai orang parti, kita hanya menunggu arahan daripada pucuk pimpinan mengenai kerjasama MN itu.

“Kita hanya pelaksana dan bersedia akur dengan segala keputusan diputuskan peringkat akhir nanti,” kata Noh.

BACA:

‘Kalau nak debat dengan orang lepas tu balik mengadu dekat bapak, baik tak payah’ – Sanusi

Sanusi dakwa penduduk hanya berspekulasi sahaja, keringkan 3 kolam di Gunung Inas tak beri kesan apa-apa

Zahid reda dengan ujian, walau sejak awal lagi sudah diaib, dimalukan dan ‘ditelanjangkan’