Umno desak nak adakan pilihanraya tapi jentera PRU pun tak ada lagi, dedah Zaharin

Umno desak nak adakan pilihanraya tapi jentera PRU pun tak ada lagi, dedah Zaharin

UMNO desak bubar Parlimen, nak adakan pilihanraya. Tapi jentera tak siap lagi.

Sehingga kini hanya ada Pengarah Pilihanraya peringkat MT. Tapi peringkat Bdn Perhubungan, masih belum ada, begitu juga peringkat UMNO Bahagian.

Jika ikut kiraan.. Pengarah Pilihanraya peringkat negeri ada ada 13 orang. Peringkat Bahagian ada 191, jumlah semuanya seramai 204 pertugas Pengarah Pilihanraya.

Sudah di kursuskan mereka ini semua? Pengarah Pilihanraya tidak semesti Ketua UMNO Bahagian.

Jika tidak ada penceramah.. Saya boleh bagi kursus dan ceramah secara percuma sahaja. Berdasarkan pengalaman saya terlibat Pilihanraya sejak tahun 1978.

Ingat kata-kata saya:

“Perbezaan UMNO dan PAS ialah ranting (Bahagian Parlimen) PAS di pimpin oleh Ketua yang tidak berpendidikan tinggi. Sebilangan hanya ada pendidikan agama biasa.

Tetapi jika berlaku pilihanraya . PAS akan meletakan calon2 dikalangan Melayu cerdik pandai. Latar belakang pendidikan biasanya.. Doctor perubatan, Doctor PhD, Peguam, Jurutera dan sebagainya. Dan terdapat orang luar kawasan diletakan oleh PAS.

80% Ketua Ranting (Ketua Bahagian) PAS tidak bertanding.

Berbeza dengan UMNO.. Sebahagian Ketua UMNO Bahagian bukan ada pendidikan tinggi. Sebahagianya jadi Ketua secara evolusi. Kerana lama pegang jawatan dalam UMNO Bahagian dan sudah pasti ada wang.

Bila berlaku Pilihanraya.. pemegang jawatan dalam UMNO Bahagin yang akan bertanding. Mereka yang tidak layak dengan kelulusan yang ada.. Senyum2 sahaja bila nama di cadangkan oleh UMNO Bahagian.

Maka terjadilah.. Ketua UMNO Bahagian akan menyekat kemasukan cerdik pandai Melayu menyertai UMNO. Malah jarang melantik mereka duduk dalam Jawatan Kuasa tambahan”.

Kesimpulannya UMNO tak akan membawa masuk dan jauh sekali menamakan anak Melayu berpendidikan menjadi calon pilihanraya atau ayat tepatnya UMNO tidak mahu orang berpendidikan.

UMNO tidak pernah memikirkan siapakah yang layak nak melawan calon Parti Politik yang hendak dilawannya.

Inilah dia reformasi kepemimpinan perlu ada di badan tubuh UMNO. Jika berlaku pertembungan antara calon UMNO yang tidak berpendidikan dengan Parti Politik yang lain bertanding meletakan calon berpendidikan dan seterusnya UMNO masih meletakan calon ‘kuda tua’ atau bahasa Pantai Timur ‘ayam mata dene’ Calon UMNO akan tetap kalah.

Selamat berpuasa.
Sang Kelembai

Sumber:

COMMENTS