Ulama tersohor Pulau Pinang meninggal dunia

Ulama tersohor Pulau Pinang meninggal dunia

Ulama terkemuka Pulau Pinang, Datuk Syeikh Abdullah Bukhari meninggal dunia di rumahnya di Jalan Brani di sini pada usia 88 tahun hari ini.

Allahyarham yang merupakan mantan Imam Masjid Kapitan Keling di sini sejak 1972 hingga 31 Disember 2018 menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11 pagi.

Beliau memulakan pendidikan awalnya di Madrasah al-Mashoor al-Islami dengan kelulusan 4 thanawi dan pengkhususan Qismun Takhasasin dan Qismun Muallimun pada 1952.

Selain itu, Abdullah turut memperoleh kelulusan Tahfizul Qurani dari Jamia Misbahul Hudha, Nidur di India pada 1953 dan memperoleh kelulusan Kelas Alim Maurlaui pada 1958.

Baca :Pengantin baru jadikan ‘Unboxing By Husband’ trend terkini, sekali cikgu beri komen pedas

Allahyarham dilaporkan pernah mengajar ilmu Fiqh, Usul Fiqh, Mantiq, Tafsir dan Hadits di Madrasah al-Mashoor, Pulau Pinang pada 1958 hingga 1979.

Beliau juga sangat aktif dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat Islam di Pulau Pinang khususnya dan berkebolehan memberi ceramah dalam beberapa bahasa seperti bahasa Melayu, bahasa Tamil dan bahasa Arab selain menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah pada 1960.

Sementara itu jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Makam Noordin di Masjid Kapitan Keling selepas solat Asar hari ini tadi.

Baca :Dikecam pakai emas ketika umrah, Ifa Raziah selar dakwaan netizen

COMMENTS