Ubi kentang bertunas boleh bantu cermin kereta untuk air hujan mengalir laju

Ubi kentang bertunas boleh bantu cermin kereta untuk air hujan mengalir laju. Pasti ramai yang pernah jumpa ubi kentang yang dah bertunas kan? Perkara itu berlaku kerana ia telah disimpan terlalu lama. Kalau jumlahnya banyak sayang pula hendak buang.

Disebabkan nak berjimat, anda pun akan kupas kulit dan masak. Rupanya tindakan itu boleh membahayakan seisi keluarga yang makan kentang bertunas.

Setiap yang tercipta pasti ada fungsinya, ubi kentang yang bertunas boleh digunakan untuk cermin kereta. Cara itu telah dikongsikan oleh pengguna Tiktok @joson_jezi. Ikut dengan lebih lanjut.

Ubi kentang bertunas boleh bantu cermin kereta untuk air hujan mengalir laju

JANGAN BUANG UBI KENTANG BERTUNAS

Tahukah anda ubi kentang yang bertunas atau rosak, jangan buang ada kegunaannya. Selalu air hujan akan mengalir pada cermin kereta. Kadang kala perkara itu boleh mengganggu penglihatan dan fokus pemandu. Hal ini boleh mendatangkan kesan buruk.

Oleh itu, jom cuba cara ini. Tak payah polish kerana bazir duit sahaja, hanya potongkan ubi kentang kepada dua bahagian dan gosok pada cermin kereta. Hasilnya, air hujan akan mengalir dengan laju tanpa meninggalkan kesan titisan yang terlalu banyak.

UBI KENTANG BERTUNAS BAHAYA UNTUK DIMAKAN
Kentang kalau dah rupa macam ini, terus buang sebab tinggi dengan kandungan glycoalkaloid. Kalau tak nak buang, tanam pun boleh. Glycokoid adalah bahan kimia yang secara semulajadi ada dalam kentang.

Kentang bertunas yang dah lama ada di dapur, tinggi dengan kandungan glycoalkaloid, berbanding kentang baru tidak bertunas. Glycoalkaloid, tidak mengapa jika kandungannya tak banyak apabila dimakan. Tapi jika berlebihan, akan buat penyakit lain pulak yang timbul. Terutama untuk ibu mengandung dan anak kecil.

Lebih hati-hati ya, jika rumah kita ada 2 golongan ini.

Muntah.

Cirit.

Sakit perut.

Antara kesan sampingan jika makan kentang bertunas yang tinggi kandungan glycoalkaloid. Jika terlampau banyak kandungan glycoalkaloid yang diambil, ada risiko lain yang lebih membahayakan.

Rendahkan tekanan darah.

Tinggikan denyutan nadi.

Demam.

Sakit kepala.

Malah, boleh juga bawa kepada kematian. Pernah tengok cerita Hindi, dia kupas biji epal banyak-banyak, dan kisar. Kemudian masukkan dalam protein shake orang yang nak diracun.

Sebab dalam biji epal ada kandungan cyanide yang kalau makan sebiji sahaja tak jadi apa. Tapi kalau makan dengan kuantiti yang banyak, boleh sampai akibatkan kematian.

Dulu sayang jugak nak buang, sebab dua biji sahaja kentang yang tinggal dan dah nak masak pagi itu buat sup ayam pulak. Tapi bila teringat kesan sampingan yang anak-anak ada kemungkinan boleh dapat, tak fikir panjang. Kalau anak-anak sakit, lagi teruk nak handle lepas itu. Apalah sangat dua biji kentang dan sup tanpa kentang kan.

VIDEO PENUH

@jason_jezi Ubi kentang gigi jangan buang, Air Jalan Laju Di cermin #TikTokGuru #jombelajar #learnontiktok #tips #jezismart #tiktoktech ♬ Coastline – Hollow Coves

BACA:

Hujan berterusan diramal hingga Ahad

Selamat tinggal dunia seni – Diana Amir

Julia Farhana bakal bergelar ibu, tarikh nikah masih rahsia