‘Tweet’ Azwan Ali bersambut, ini yang dibalas MYDIN, Netizen kata smooth je dia bagi

‘Tweet’ Azwan Ali bersambut, ini yang dibalas MYDIN, Netizen kata smooth je dia bagi. Susulan dari berita kebakaran gedung perniagaan tekstil Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7 Ahad lalu, pengacara Azwan Ali dilihat telah mengeluarkan sebuah tweet tentang isu ini.

Bukannya mengenai kebakaran, sebaliknya Azwan Ali atau lebih mesra dipanggil Diva AA dilihat menegur gedung perniagaan MYDIN pula.

Dalam kenyataannya di laman twitter peribadinya, Azwan Ali berkongsi tangkap layar sedutan video Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin menari di laman TikTok. Umum mengetahui, akaun rasmi TikTok MYDIN sememanya aktif memuatnaik video hiburan disamping mempromosikan perniagaan mereka kepada pelanggan.

Walaubagaimanapun, video tersebut tidak disenangi Azwan Ali dan mengaitkan hal ini dengan kejadian yang berlaku pada JAKEL. Azwan Ali juga menasihati pihak MYDIN supaya muhasabah diri dari menari di TikTok.

MYDIN Balas Tweet Azwan Ali

'Tweet' Azwan Ali bersambut, ini yang dibalas MYDIN, Netizen kata smooth je dia bagi
Tanpa mengambil masa yang lama, akaun twitter rasmi MYDIN telah membalas kenyataan Azwan Ali dengan imej ‘Cermin” yang boleh didapati di MYDIN.

“Boleh dapatkan di MYDIN.”

Imej ‘Cermin’ yang merupakah salah satu barang kelengkapan diri yang dijual di MYDIN ini seolah-olah menggambarkan peribahasa ‘Cermin Diri’ yang bermaksud gambaran peribadi yang sebenar.

Tweet yang dikeluarkan oleh MYDIN ini telah mendapat pujian dari warganet, malah ada yang menyelar tindakan Azwan Ali mengheret isu JAKEL dengan MYDIN.

@mydinmalaysia Selamat menyambut Tahun Baru 2023! #AmeerMydin ♬ original sound – Mydin Malaysia

Sehingga artikel ini ditulis, tweet ini menerima lebih dari pada 1.7k tanda suka dan 1.1k retweet. Walaubagaimanapun, adakah anda pasti bahawa imej ‘cermin’ ditujukan kepada Azwan Ali atau sebaliknya?

BACA:

Tak tegakkan kerusi je jadi punca gaduh besar dalam pesawat

96.5 peratus sampel air kumbahan dari pesawat antarabangsa ada virus Covid-19