Tulisan khusus Fattah Amin terhadap Syamsul Yusof undang reaksi pelbagai pihak

Tulisan khusus Fattah Amin terhadap Syamsul Yusof undang reaksi pelbagai pihak.Dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Adi Putra, Beto Kusyairi, Fattah Amin, Johan As’ari, Khir Rahman dan ramai lagi ini dalam filem terbaharu ditayangkan sejak semalam berjudul Mat Kilau nampaknya meninggalkan kesan baik buat penonton di pawagam.

Mana tidaknya, sejak tadi pagi juga tular ulasan positif oleh penonton di kebanyakan media sosial apabila filem arahan Syamsul Yusof ini berjaya mendapat sambutan ramai.

Walau bagaimanapun, menjengah pula ke ruangan Instagram salah seorang pelakon yang terlibat membawa watak Awang iaitu Fattah Amin mencuri tumpuan warganet pula dengan kapsyen panjang beserta kenangan ketika melakonkan watak dalam filem Mat Kilau itu.

Menerusi kapsyen, Fattah Amin menulis khusus buat pengarah filem tersebut iaitu Syamsul Yusof dan beberapa pelakon yang terlibat dimana dalam pada masa sama mencetuskan ada yang terharu membaca kapsyennya yang turut berterima kasih dengan peluang ini.

Perkongsian Fattah Amin itu bagaimanapun ditinggalkan ratusan komen ramai yang mengharapkan agar dia juga perbanyakkan muncul dalam filem aksi.

Tulisan khusus Fattah Amin terhadap Syamsul Yusof undang reaksi pelbagai pihak

“Terbaik Fattah”

“Cerita yang sangat hebat, sampai menangis tengok. 10 bintang”

“Semoga Fattah perbanyakkan lagi beraksi di skrin besar jadi pelakon filem…”

“Nak nangis baca kapsyen, pertama kali baca kapsyen Fattah yang macam ni. Tahniah Fattah dan semua pelakon, anda hebat”

BACA:

Mufti Perlis kena saman fitnah berjumlah RM2 juta

Raih RM3,000 sehari jual Musang King, peniaga wanita ini luah rasa terkejut

Bayar hutang RM20k dalam tempoh 2 bulan, wanita ini kongsi 3 tips mudah