Tular Wanita dicerai hanya guna aplikasi WhatsApp

Tular Wanita dicerai hanya guna  aplikasi WhatsApp

Wanita dicerai hanya guna WhatsApp.Setiap yang berumah tangga pasti mengharapkan hubungan yang terbina kekal bahagia hingga ke akhir usia. Namun, ajal jodoh dan rezeki setiap orang berbeza-beza dan tiada siapa yang dapat menghalang andai ia sudah ditakdirkan.

Menerusi video yang tular tersebut, penggua TikTok berkenaan telah menyertakan sekali gambar-gambar perkahwinannya beserta satu rakaman lafaz cerai yang dibuat suaminya hanya menerusi aplikasi WhatsApp.

 

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan telah ditonton lebih dari sejuta viewers dalam masa 10 jam sahaja.

Walaupun tidak menjelaskan hal sebenar berkenaan rumah tangganya, @syazwayazid telah bersangka baik dengan Maha Pencipta bahawa setiap yang telah direncanakan oleh Allah S.W.T adalah yang terbaik untuk umatnya

 

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan TikTok wanita itu dengan berasa takut melihat situasi perkahwinan seperti itu apabila sesenang hati menalazkan cerai hanya melalui mesej suara.

Ramai juga terkejut dengan muat naik video itu memandangkan gambar dan video yang diambil seakan pasangan tersebut baru sahaja bernikah namun perkahwinan berkenaan tidak bertahan lama.

 

Baca:Rafiq dijangka ‘melompat’ ke kerusi Telok Mas

COMMENTS