Tular Video Pesawat Air tersangkut bawah jejantas

Tular Video Pesawat Air  tersangkut bawah jejantas

Tular Pesawat Air India tersangkut bawah jejantas.Video menunjukkan sebuah pesawat Air India tersangkut di bawah jejantas di Delhi tiba-tiba tular di media sosial.

Insiden itu dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi berhampiran ibu negara di lebuhraya Delhi-Gurgaon.

Klip video berdurasi hampir 40 saat itu menunjukkan pesawat tersebut tersangkut di laluan kanan jalan ketika lalu lintas sibuk seperti biasa.

Keadaan ini menyebabkan sebahagian lalu lintas dihalang oleh pesawat tersebut.

Orang ramai yang lalu-lalang juga dapat melihat sebahagian badan pesawat itu melepasi jejantas tersebut namun tersekat di tengah.

Sebaik video yang dikongsi @Ashoke_Raj itu tular, syarikat penerbangan terbabit mengesahkan tiada sebarang kecederaan berlaku kerana ia hanyalah sebuah pesawat lama yang dalam proses penghantaran.

Jelas syarikat itu, pesawat tersebut dalam perjalanan untuk dihantar kepada pemilik barunya yang membeli kapal terbang lama itu dari Air India.

“Ia adalah pesawat lama, yang telah kami jual. Tiada maklumat tambahan mengenainya kerana ia membabitkan pemilik barunya,” kata jurucakap Air India seperti dipetik The Times of India.

“Pesawat itu bukan milik lapangan terbang Delhi, ia dihantar tanpa sayap. Ia kelihatan seperti pesawat besi buruk. Pemandu telah silap perkiraan ketika membuat penghantaran tersebut,” kata pegawai.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/fmt-ohsem/ohsem-apa-apa-aje/2021/10/06/pesawat-air-india-tersangkut-bawah-jejantas-undang-tular/

BACA: Guru kongsi pelajar tak mahu keluar dah habis sesi PdPR

COMMENTS