Tular video Pengawal Keselamatan Kena Rompak dengan Monyet

Tular video Pengawal Keselamatan Kena Rompak dengan Monyet

Tular video Pengawal Keselamatan Kena Rompak dengan Monyet.Sebelum ini, pernah tular rakaman seekor monyet yang merampas makanan yang dimakan oleh seorang pengawal keselamatan. Video tersebut bukan sahaja tular di Malaysia malah ianya turut tular dikongsikan di beberapa negara lain dengan hampir 10 juta tontonan.

Baru-baru ini pula, lelaki itu sekali lagi menjadi mangsa apabila monyet tersebut sekali lagi merampas makanan yang sedang dimakannya. Malah netizen turut sama terhibur melihat gelagat lelaki itu yang sering kali menjadi mangsa ‘rompakan’ monyet itu setiap kali sedang makan sesuatu.

Di dalam video yang dikongsikan ini, pengawal keselamatan itu dilihat sedang duduk sambil menikmati makanan di tangannya. Namun tidak semena-mena, muncul seekor monyet yang perlahan-lahan turun dari bangunan dan datang menghampirinya.

Pengawal Keselamatan

Monyet itu kemudian merampas makanan yang berada di tangan lelaki itu sama seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini. Malah monyet itu dengan selambanya turut menikmati makanan itu di hadapannya yang sedang memerhatikannya.

 

Lebih mencuit hati, lelaki itu sempat memberikan reaksi tidak puas hatinya apabila makanannya sekali dirampas oleh monyet tersebut. Menurut lelaki itu, monyet itu sebenarnya sering kali berada di situ dan menemaninya jadi mungkin itulah yang menyebabkan haiwan itu berasa selesa dengannya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat situasi yang dialaminya ini. Malah ada yang berseloroh meminta lelaki itu untuk melaporkan pada pihak polis gara-gara dia sering kali menjadi mangsa ‘rompakan’ oleh monyet itu.

Sumber: https://himpunanceritalawak.com/2021/09/08/monyet-rampas-makanan-pengawal-keselamatan-asyik-kena-rompak-je/

BACA: Tular video Pemuda Bawa Pulang Ikan saiz gergasi

COMMENTS