Tular video pemandu Hilux ‘Pancung’ Ambil Selekoh Hingga Sebabkan Kemalangan

Tular video pemandu Hilux ‘Pancung’ Ambil Selekoh Hingga Sebabkan Kemalangan

Tular video pemandu Hilux ‘Pancung’ Ambil Selekoh Hingga Sebabkan Kemalangan.Pada tengah pagi semalam akaun Instagram Info.Semasa telah memuat naik satu rakaman video kemalangan berlaku di hadapan Crystal Crown Hotel, Johor Bahru yang dikongsikan oleh salah seorang pengikut akaun terbabit.

Rakaman video tersebut menunjukkan seorang penunggang motosikal dirempuh sebuah kenderaan dipercayai Honda City setelah pemandu Toyota Hilux ‘memancung’ masuk ke selekoh dari lorong ketiga jalan.

Ketika Honda City yang berada di lorong kedua sedang bergerak menuju ke hadapan menghampiri kawasan selekoh jalan, secara tiba-tiba sebuah Toyota Hilux yang berada di sebelah kiri Honda City terbabit membuat selekoh hingga menyebabkan kedua-dua kenderaan terbabit berlanggar di tengah jalan.

Impak daripada pelanggaran itu telah menyebabkan Honda City tersebut hilang kawalan sehingga merempuh penunggang motosikal yang sedang menunggu lampu isyarat di laluan bertentangan.

Insiden tersebut telah mengundang kecaman para netizen kepada pemandu Toyota Hilux terbabit yang bukan sahaja menyalahi undang-undang jalan raya, bahkan telah menjadi punca kepada kemalangan yang melibat dua buah kenderaan yang tidak bersalah.

Sumber: thevocket.com

BACA: Sajat dikabarkan sudah sampai Australia

COMMENTS