Tular video ‘mesra’ dengan lelaki, pelakon remaja ini tampil bersuara

Tular video ‘mesra’ dengan lelaki, pelakon remaja ini tampil bersuara. Di TikTok, tular video memaparkan seorang gadis sedang bermesra dengan lelaki di khalayak ramai. Meskipun video tersebut tidak jelas, ada netizen yang memetik nama pelakon remaja, Qistina Raisah.

Tidak hanya mendiamkan diri, Qistina tampil menjelaskan bahawa gadis di dalam rakaman itu bukanlah dirinya.

Menurut pelakon berumur 14 tahun ini, dia tidak mengenali gadis di dalam video itu dan tidak mengetahui apakah motif rakaman itu dibuat.

Tular video 'mesra' dengan lelaki, pelakon remaja ini tampil bersuara

Katanya, dia perlu bersuara memandangkan ada netizen yang menyebut namanya di ruangan komen video tular tersebut.

Gadis ini memohon netizen tidak sesuka hati menulis komen kerana bimbang akan menabur fitnah.

Ramai yang cakap-cakap tapi saya nak bagitahu itu bukan saya.

Ujar anak bongsu kepada lima adik beradik ini lagi, dia akan sentiasa ditemani ibunya walau ke mana sahaja dia pergi.

Tambahnya, perakam tidak sewajarnya merakam individu yang tidak dikenali dan menyebarkannya di media sosial sehingga mengundang fitnah.

@qqistinaraisah♬ original sound – 😼🤍

BACA:

Sindiket dadah antarabangsa bunuh ahli yang khianat

Gambar bercuti Fizo Omar meriah dengan komen tentang OctaFX

Berhajat melancong ke luar negara? Ini tips penting untuk korang tahu cara guna atm di luar negara