Tular Video lelaki “bogel” panjat lori berhenti

Tular Video lelaki “bogel” panjat lori berhenti

Tular Video lelaki bogel panjat lori berhenti.Perkara-perkara aneh yang berlaku di sekeliling kita sememgnya cepat viral apabila di muat naik ke media sosial.

Hal ini samalah dengan perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @rudyakhbar_ apabila memuat naik video seorang lelaki dalam keadaan bogel memanjat bahagian hadapan sebuah lori di tengah jalan.

Situasi itu sememangnya agak ‘menggerunkan’ kerana lelaki tersebut langsung tidak berpakaian.

Mungkin bukan warganegara Malaysia

Menerusi video tersebut, beberapa orang awam yang berada di situ memaklumkan berkemungkinan lelaki yang berlagak seperti Spiderman itu merupakan warga asing.

Mereka juga telah menghubungi pihak berkuasa bagi membantu memujuk lelaki itu turun dari lori dan tidak menggangu pengguna jalan raya yang lain.

Setakat ini, video yang dimuat naik akaun Twitter berkenaan telah ditonton lebih dari 1,000 viewers walaupun baru dua jam dikongsikan.

Rata-rata warganet masih tertanya-tanya punca mengapa lelaki tersebut bertindak nekad seperti itu dan membuatkan orang awam berasa tidak selesa.

Setakat ini belum ada sebarang penjelasan daripada mana-mana pihak dan diharap tidak ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

BACA: Pemuda Ini Kongsi Sebab Mengapa Anda Dilarang Kutip Duit Di Tempat Yang Mencurigakan

COMMENTS