Tular video larian laju ‘Usain Bolt’ dari Sabah ini

Tular video larian laju ‘Usain Bolt’ dari Sabah ini. KEJAYAAN Jad Rizalman Washif mencatat masa 10.50 saat dalam acara larian 100 meter telah menyebabkan pelajar berusia 17 tahun itu digelar Usain Bolt Sabah.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lohan, Ranau itu mempamerkan larian pantas luar biasa meninggalkan tujuh pelari lain jauh di belakang, sekali gus memukau orang ramai yang hadir menyaksikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Ranau, semalam.

Menerusi klip video yang tular di Facebook, rata-rata netizen menyifatkan Jad Rizalman sebagai permata baharu pelari 100 meter negara dan berharap bakatnya itu dapat diteruskan ke peringkat lebih tinggi lagi.

Tular video larian laju ‘Usain Bolt’ dari Sabah ini

Malah, netizen yakin jika bakat Jad Rizalman terus digilap, rekod 100 meter kebangsaan yang dipegang Khairul Hafiz Jantan dapat dipecahkannya satu hari nanti.

Sehingga hari ini, catatan 10.18 saat yang dilakar Khairul Hafiz ketika temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kekal sebagai rekod kebangsaan.

BACA:

Komet gergasi bakal lintasi bumi minggu hadapan

Ramai kecewa dengan reaksi Syamsul Yusof bila ditanya tentang Ira Kazar

Filem Mat Kilau dijangka cecah kutipan RM60 juta