Tular video kakak pejabat Pos mengamuk,ini puncanya

Tular video kakak pejabat Pos mengamuk,ini puncanya

Tular video kakak pejabat Pos mengamuk.Sebuah video memaparkan seorang kakitangan pejabat Pos Malaysia memarahi pelanggan yang berasak-asak di sebuah pejabat Pos Malaysia dipercayai di Klang tular di media sosial hari ini.

Video berdurasi 14 saat yang dikongsi di Facebook Anak Felda itu turut memaparkan ratusan pelanggan yang dipercayai warga asing beratur tanpa penjarakan fizikal bagi memasuki premis tersebut untuk urusan memperbaharui pasport.

Lebih menarik perhatian adalah kelihatan seorang kakitangan wanita meninggikan suara mengarahkan warga asing tersebut untuk menjaga penjarakan fizikal atau tidak dibenarkan masuk ke premis berkenaan.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, orang ramai menyokong tindakan tegas kakitangan tersebut.

“Aku respek (hormat) kakak ni. Suara dia memang semua gerun termasuk aku terbaik la kak” kata Zizan.

@aishahb3Ya Allah rapat nye… Mcm mna nk turun convid mcm ni Klang post office situation today morning 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️warga asing #fyp #convid #fypシ♬ bunyi asal – Siti Aishah

“Kalau aku dah halau balik dah SOP kelaut. Rakyat Malaysia patuh SOP mereka sedap berpelukan,” kata Mohd. Hafiz.

BACA: [VIDEO] Aksi lagak ngeri penunggang basikal untung kecaman Netizen

“Jangan marah kak. Nanti akak pula kena marah dengan mereka yang berjiwa sabar tu. Hari tu abang rela dah kena dah sumpah seranah dengan natizen acah sabar tu. Hahaha,” kata John.

Setakat ini, video tersebut telah ditonton lebih 49,000 kali dan mendapat lebih 1,000 tanda suka.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/14/gerun-tengok-kakak-pejabat-pos-mengamuk/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=gerun-tengok-kakak-pejabat-pos-mengamuk

COMMENTS