Tular satu video Menteri kantoi berposing sakan cuci simen bersih guna waterjet

Tular satu video Menteri kantoi berposing sakan cuci simen bersih guna waterjet

Tular satu video di media sosial memaparkan Menteri kantoi berposing sakan cuci simen bersih guna waterjet.Nama Rina Harun terus “trending” di Twitter apabila aktiviti Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu di kawasan banjir menjadi antara topik hangat dibincangkan.

Menerusi video dimuat naik seorang pengguna Twitter, dylawok, Rina dilihat membersihkan tempat yang seolah-olah tidak terkesan banjir menggunakan penyembur air sambil aksinya dirakam jurugambar dan beberapa individu lain.

Berdasarkan video itu, kawasan bangunan yang dicuci Rina kelihatan bersih dan tidak berlumpur, membuatkan tindakannya itu menjadi persoalan dan kecaman warganet.

“Entah kenapa dia pergi cuci PPS. Sepatutnya pergi cuci rumah mangsa banjir. Kau tengoklah secalit lumpur pun takde dekat situ. Kenapalah kau ni menjadi seorang Rina,” ciap dylawok.

Ketika berita ini ditulis, video itu telah diciap semula lebih 16,000 kali.

Seorang lagi pengguna Twitter bernama HussamuddinYaacub dengan memaparkan video yang sama, berkata antara punca Rina terus menjadi bahan “troll” adalah disebabkan beliau mempunyai pasukan penasihat yang tidak teliti dan kurang bijak.

“Saya naik kesian dengan YB DS Rina Harun, tak habis-habis kena troll. Ternyata beliau dikelilingi oleh team penasihat yang kurang pandai. Hampir semua PR stunt yang diaturkan tidak menjadi.

“Tidak ada ketelitian semasa merancang & execution. Kena freeze kejap & restrategize. Kesian!” menurut tweet itu.

Terdahulu, Rina tampil memberi penjelasan atas kecaman warganet terhadapnya yang dilihat tidak peka terhadap persekitaran semasa kerana berkasut tinggi ke pusat pemindahan sementara (PPS) hujung minggu lalu.

“Saya ingin memaklumkan pada hari tersebut, pada 19 Dis, saya menghadiri Perhimpunan Agung Bersatu dan sebagai Ketua Srikandi Bersatu, saya perlu berada di perhimpunan tersebut.

“Ketika mesyuarat, saya turut menerima banyak laporan tentang bencana banjir dan hati saya tidak berasa tenang dan saya risau tentang mangsa banjir. Saya membuat keputusan selepas mesyuarat, saya akan melawat sekurang-kurangnya satu PPS,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Katanya, beliau hanya sempat menyalin baju dan tidak teringat kasutnya.

“Apa yang lebih penting pada saya adalah keberadaan saya di pusat tersebut untuk membantu dan menjaga kebajikan mangsa-mangsa banjir,” katanya.

BACA JUGA:

‘Dari kenduri kahwin ke kenduri tahlil’
Di dakwa kutip derma, ini penjelasan “Abang Viva”
Selepas dikecam ambil ‘oven’, wanita tampil dedah perkara sebenar

COMMENTS