Tular video Pocong Di PPV Raih Perhatian Ramai

Tular video Pocong Di PPV Raih Perhatian Ramai

Tular Pocong Di PPV Raih Perhatian Ramai.Sejak kebelakangan ini, semakin ramai yang datang ke pusat pemberian vaksin (PPV) dengan pakaian dan kostum yang menarik. Ianya bukan sahaja menarik perhatian ramai malah ramai yang turut terhibur setiap kali melihat pakaian unik yang dipakai.

Sama juga macam gelagat seorang pengunjung yang memilih untuk memakai seperti hantu pocong semasa menerima vaksin baru-baru ini. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir setengah juta tontonan setakat ini

@pwettygerlSiang2 pon boleh nyah 😳🤣 #fyp #ppv #ppvdewanmeranti2♬ original sound – NIS

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang pengunjung yang memakai kostum seperti hantu pocong hadir ke pusat pemberian vaksin itu. Malah dia turut ditolak oleh petugas di situ menggunakan kerusi roda untuk dibawa masuk ke dalam pusat tersebut.

Kemunculannya ini turut menarik perhatian ramai ditambah pula dengan kostum yang dipakai sememangnya nampak sama seperti hantu pocong. Bukan sahaja membalut badannya dengan kain putih, malah dia juga siap memakai mekap pada mukanya menambahkan lagi rasa seram sesiapa yang melihatnya.

Tular
Lebih mencuit hati, individu itu kemudian dilihat terpaksa melompat untuk masuk ke dalam pusat pemberian vaksin itu bagi memeriksa suhu badan dan membuat pendaftaran. Ada juga yang berseloroh tentunya individu itu berasa penat gara-gara tidak dapat berjalan seperti biasa dan terpaksa melompat.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat usaha individu ini memakai kostum seperti hantu pocong ini. Malah ada yang memberitahu sekiranya mereka berada di situ, pastinya mereka akan lari dan tidak jadi mahu mengambil vaksin.

Berita Penuh:https://himpunanceritalawak.com/2021/09/02/kemunculan-pocong-di-ppv-raih-perhatian-ramai-pocong-pun-ambik/

BACA: Reaksi Pekerja Pizza Hut Bersabar Dengan Pertanyaan Pelanggan Raih Perhatian Netizen

COMMENTS