Tular Penjual bakso mirip pelakon Korea Lee Jong Suk

Tular Penjual bakso mirip pelakon Korea Lee Jong Suk

Penjual bakso mirip pelakon Lee Jong Suk.Seorang penjual bakso kacak di kota Bandung menjadi sensasi internet kerana dikatakan memiliki wajah mirip pelakon popular Korea Selatan, Lee Jong Suk, lapor portal berita Wolipop semalam.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram oleh seorang pengguna, lelaki tersebut kelihatan memegang sebiji mangkuk bakso sambil tersenyum.

“Penjual bakso mirip ‘oppa’ Korea.

“Saya teringin makan bakso, jadi saya pergi ke sebuah restoran dan terkejut apabila melihat wajah penjual bakso tersebut.

“Ternyata wajahnya kelihatan seperti pelakon Korea,” tulisnya pada hantaran tersebut.

Penjual

Hantaran itu menjadi tular dan menerima lebih 12,400 tanda suka setakat semalam berserta lebih 1,122 komen ditinggalkan netizen.

Ada antara mereka yang menyamakan wajah lelaki itu dengan pelakon drama popular drama Doctor Stranger, Lee Jong Suk.

“Lee Jong Suk!” kata seorang pengguna.

“Di hadapannya adalah bakso, yang menjualnya ialah ‘oppa’ Korea,” komen seorang lagi netizen.

Sementara itu, Wolipop kemudiannya menghubungi lelaki tersebut dan mendapati bahawa restoran itu bernama Mi Baso Kampung Abah.

Ia diusahakan oleh lelaki berkenaan, Muhammad Daffa Abilla bersama saudaranya, Indiska Handiana.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/09/penjual-bakso-disangka-lee-jong-suk/

BACA: Mengapa orang Cina lebih kaya dari orang Melayu,sebabnya….

COMMENTS