Tular Pelajar lelaki kahwini guru 15 tahun lebih tua

Tular Pelajar lelaki kahwini guru 15 tahun lebih tua

Tular Pelajar lelaki kahwini guru 15 tahun lebih tua. Seorang pemuda di Indonesia menjadi sensasi internet apabila mengahwini gurunya sendiri yang mempunyai perbezaan usia sekitar 15 tahun dengannya, lapor laman berita Suara.com semalam.

Menerusi satu klip video yang tular dalam aplikasi TikTok, pelajar tersebut mengaku bahawa dia merupakan murid kepada isterinya itu pada tahun 2019 ketika dia masih menuntut di sekolah menengah.

Pemuda tersebut turut berkongsikan sekeping gambar yang dirakam bersama isterinya pada tahun tersebut yang memaparkan dia memakai pakaian seragam sekolah.

Tular

Turut berdiri di sampingnya ialah isterinya yang ketika itu juga memakai seragam guru.

Gambar seterusnya yang diambil pada tahun 2020 memaparkan kedua-dua mereka berada di sebuah taman bunga dengan gaya mesra.

Pemuda itu kemudiannya memuat naik gambar terbaharu tahun ini yang memaparkan mereka memakai pakaian pengantin serta bergambar di hadapan sebuah pelamin. Dia mengaku bahawa mereka kini bergelar pasangan suami isteri.

Video perkongsian itu menjadi tular dengan ramai pengguna media sosial meluahkan rasa kagum dan gembira melihat kisah cinta tidak mengenal usia itu.

“Jodoh, maut, bukan kita yang tentukan kerana kita cuma menjalani hidup ini. Cinta tidak mengenal usia. Semoga terus berbahagia,” kata seorang netizen.

“Gurunya kelihatan muda walaupun berkahwin dengan muridnya, bahkan mereka nampak seperti sebaya. Dahsyat, abang!” komen seorang lagi pengguna

Berita penuh: https://www.kosmo.com.my/2021/10/05/pelajar-lelaki-kahwini-guru-15-tahun-lebih-tua/

Baca :Pasangan dicekup buat tak “senonoh’ dalam air

COMMENTS