Tular Mayat bayi di jumpai dalam tong kitar semula

Tular Mayat bayi di jumpai dalam tong kitar semula

Tular Mayat bayi dalam tong kitar semula. Seorang pekerja syarikat kitar semula tergamam apabila bungkusan plastik yang disangkakan sampah rupa-rupanya mayat seorang bayi yang dibuang dalam tong kitar semula di Jalan Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra, Bangi, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, polis menerima makluman daripada saksi awam berkenaan penemuan mayat bayi yang dibungkus di dalam plastik dan dibuang di dalam tong berkenaan pukul 4.41 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati saksi yang menjumpai mayat tersebut adalah pekerja syarikat kitar semula yang datang untuk mengumpul barangan kitar semula.

“Individu itu telah menemui satu bungkusan plastik yang mencurigakan dan mengeluarkan bau busuk.

“Dia kemudiannya bertindak membuka plastik tersebut dan terjumpa mayat bayi dibalut dengan kain,” ujarnya kepada Kosmo! sebentar tadi.

Menurutnya, mayat bayi dianggarkan berat antara dua hingga tiga kilogram itu dipercayai telah meninggal dunia kurang daripada 36 jam.

“Bagaimanapun jantina dan bangsa belum dapat dipastikan kerana masih berbungkus plastik dan kain yang tebal.

“Mayat bayi dihantar ke Hospital Kajang untuk tujuan bedah siasat,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit.

BaCa:28 keluarga di pindahkan kejadian tanah runtuh di kemensah Height

Berita penuh: https://www.kosmo.com.my/2021/09/18/mayat-bayi-dalam-tong-kitar-semula/

COMMENTS