Tular Lampu isyarat hijau hanya 1 saat di Melaka

Tular Lampu isyarat hijau hanya 1 saat di Melaka

Tular Lampu isyarat hijau hanya 1 saat di Melaka.Sebuah lampu isyarat dipercayai di Melaka tular di media sosial hari ini mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Menerusi sebuah video yang dikongsi di media sosial @shooterpixtures itu menunjukkan dirinya sedang berhenti di hadapan sebuah lampu isyarat yang berada di sebuah simpang.

Lebih menggeramkan, setelah hampir 60 saat menunggu lampu itu, ia hanya bertukar kepada lampu hijau bagi tempoh kurang dari satu saat.

Rata rata perkongsian tersebut membuatkan ramai orang geram dan meminta lampu isyarat itu ditukar.

“Mahu terbelah dua lampu tu orang Melaka kerjakan nanti,” kata Asyirmudzafar.

“Zalim punya ‘traffic light’,” luah Nishwork.

“Setiap kali hijau, lepas satu kereta je untuk jalan,” ujar Nizam.

BACA: Oktovia Manrose Sah Bergelar Isteri Bekas Pemain Bola Sepak MU
Tular Imej satelit dedah lokasi nahas pesawat MH370 di Kemboja?

COMMENTS