Tular ‘Kacang hijau RM8.99 sebiji, beli sekilo boleh bankrup’

Tular ‘Kacang hijau RM8.99 sebiji, beli sekilo boleh bankrup’

‘Kacang hijau RM8.99 sebiji, beli sekilo boleh bankrup’.Membuat perbandingan harga barangan terlebih dahulu sebelum membeli menjadi kebiasaan dalam kalangan pengguna terutamanya bagi mereka yang selalu membeli barang dapur, pastinya akan lebih peka dengan harga semasa yang dijual.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan gelagat seorang lelaki yang berkira-kira semasa membeli kacang hijau di sebuah pasar raya berjaya menarik perhatian orang ramai.

Menerusi perkongsian @Meowwww di media sosial, harga kacang hijau yang dipaparkan adalah RM8.99 bagi setiap satu biji dan lelaki tersebut sedang mengira biji kacang yang ingin dibelinya dengan membuat anggaran harga mengikut jumlah biji yang diambil.

Biasanya, untuk barang seperti kacang hijau akan dijual berdasarkan berat dalam gram atau kilogram, namun berbeza dengan harga yang terpampang pada tanda harga apabila ia dikira mengikut biji.

@nurrapplepie #ad Nk beli sklilo bankrap dik😂 #fypdongggggggg ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Rata-rata orang ramai terhibur melihat situasi itu dan ada juga menganggap mungkin berlaku kesilapan maklumat ketika harga tersebut ditulis.

“Positif la, mungkin kacang hijau ini diimport dari planet Marikh,” kata @nik.

“Kalau harga kira ikut biji, memang setiap kali nak bayar, jurujual akan kira sama-sama semula berapa biji yang diambil, lepas dua pelanggan, jurujual boleh gila,” kata @takotakolala.

“Patutlah masih banyak kacang hijau dalam bekas, setiap orang beli sebiji dua sahaja, itu pun dah mahal,” kata @kedhuneys.

BACA: kualiti Jam digital tracker KKM ‘cap ayam’, tak sampai sehari pakai tercabut sendiri
Ini kawasan di Malaysia yang berpotensi jumpa emas
kualiti Jam digital tracker KKM ‘cap ayam’, tak sampai sehari pakai tercabut sendiri

COMMENTS