Tular Jumpa Kuku Berdaki Dalam Inti Karipap

Tular Jumpa Kuku Berdaki Dalam Inti Karipap

Tular Jumpa Kuku Berdaki Dalam Inti Karipap.Bayangkan anda sedang menikmati makanan anda, tiba-tiba terdapat rambut atau kuku pada makanan anda. Mesti anda berasa mahu muntahkan kembali makanan anda, bukan?

Itulah apa yang berlaku kepada seorang pengguna Facebook Mee yang berkongsi kisahnya menerusi kumpulan Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official berkaitan dirinya menjumpai kuku ‘berdaki’ yang berada di dalam inti kuih karipap.

 kuku

Difahamkan, ketika dia sedang menikmati karipap tersebut, dia secara tidak ‘sengaja’ terjumpa kuku yang dipercayai telah digaul bersama dengan inti kuih tersebut.

Menurutnya, dia sudah melaporkan insiden terbabit kepada peniaga tersebut dan peniaga itu menjelaskan mereka membeli karipap sedia ada yang dijual di pasar sebelum menjualnya kembali kepada orang ramai.

Sumber: https://www.thevocket.com/jumpa-kuku-berdaki-dalam-inti-karipap-perkongsian-pengguna-facebook-ini-buat-netizen-tergamam/

BACA: Akibat ‘Bercuti’ sekolah terlalu lama ramai pelajar ambik keputusan Berkahwin & Bekerja

COMMENTS