Tular ikan berwajah pelik naik ke darat

Tular ikan berwajah pelik naik ke darat

Tular ikan berwajah pelik naik ke darat.Ikan berwajah pelik. Itu penemuan yang mengejutkan sekumpulan petugas kapal tentera laut di perairan Darsena Medicea Portoferrario di Elba, Itali.

Mereka mendapati ikan hiu yang dinaikkan itu mempunyai rupa seakan-akan seekor khinzir.

Daily Star melaporkan ikan dari spesies Oxynotus Centrina dikenali sebagai hiu berwajah khinzir.

Ia juga disenaraikan sebagai hidupan terancam kerana jarang ditemui dan biasanya hidup 700 meter di bawah permukaan air.

Biarpun ditemui tiga minggu lalu, berita penemuan itu tular ketika gambar hiu pelik itu dimuat naik di media sosial.

Hantaran itu mengundang ratusan komen termasuk kritikan dari netizen yang berpendapat ia ditangkap dan dibunuh dengan tidak sengaja.

ikan

Sebaik dikeluarkan dari air, ikan besar itu dibawa ke pejabat pelabuhan untuk kajian dan dibuang.

Yuri Tiberto dari Elba Aquarium memberitahu media tempatan, walaupun jarang berlaku, ia tidak biasa dilihat penduduk setempat.

“Ikan ini biasanya disebut ‘ikan babi’ kerana ketika keluar dari air, ia kelihatan seperti sesuatu.

“Di kepulauan Tuscan begitu kaya dengan pelbagai hidupan, ikan ini selalu ditemui.

“Saya sering terima laporan mengenai ‘ikan babi’ yang berakhir di jaring nelayan tempatan,” katanya.

Hiu besar ini mendiami Lautan Atlantik Timur dan Laut Tengah dan terkenal dengan kepalanya yang lebar dan muncung tumpulnya yang gemuk.

Berita Penuh: https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2021/09/753389/ikan-berwajah-khinzir-naik-ke-darat

BACA: Bomba terima alamat tidak tepat ,4 sekeluarga rentung

COMMENTS