Tular gambar kubur tak terusik tragedi Gunung Jerai, ini pemiliknya

Tular gambar kubur tak terusik tragedi Gunung Jerai, ini pemiliknya

Tular satu kubur tak terusik tragedi Gunung Jerai, ini pemiliknya Penularan foto sebuah kubur didakwa tidak terjejas ketika dilanda banjir lumpur dalam tragedi kepala air Gunung Jerai, 18 Ogos lalu, menimbulkan keresahan kepada penduduk setempat.

Ini kerana gambar kubur milik seorang guru yang meninggal dunia beberapa tahun lalu, dikhuatiri bakal menarik perhatian tetamu tidak diundang ke kawasan Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Badlishah, di sini.

Tindakan individu berkongsi gambar terbabit sehingga tular tanpa usul periksa dibimbangi akan menjadikan kubur berkenaan tempat pemujaan, sekali gus mencetuskan perbuatan khurafat.

Berkongsi situasi sebenar isu terbabit, Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Masjid Jamek Badlishah, Mohd Yusof Ismail, 61, berkata, gambar kubur didakwa tidak ‘disentuh’ lumpur itu sebenarnya terletak di kawasan tanah agak tinggi berbanding kubur lain.

Tular

Tular gambar kubur tak terusik tragedi Gunung Jerai, ini pemiliknya

Menurutnya, dia menerima kiriman gambar terbabit melalui aplikasi WhatsApp yang dihantar anak arwah bagi bertanya sama ada kubur berkenaan sudah dicuci selain dia mendakwa ia tidak ditenggelami air.

“Bagaimanapun, saya tidak sempat menjawab pertanyaan itu dan terkejut apabila ia mula tular dalam media sosial dengan pelbagai andaian sendiri dibuat individu yang memuat naik gambar kubur berkenaan.

“Sepatutnya, individu menularkan gambar kubur itu siasat terlebih dahulu atau setidak-tidaknya datang sendiri melihat keadaan di tanah perkuburan ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, tanah perkuburan di kawasan itu terbahagi kepada beberapa bahagian dengan ada antara lokasinya di tempat agak tinggi dan ada rendah selain menjadi tempat takungan air.

Menurutnya, kubur tular serta didakwa tidak ‘disentuh’ lumpur itu sebenarnya terletak di kawasan tanah keras serta tinggi, malah ia turut diletakkan batu-bata dan batu putih.

Katanya, ada beberapa kubur lain turut tidak terjejas kerana kedudukan sama iaitu terletak di tempat tinggi, manakala kubur tenggelam pula berada di kawasan rendah.

“Sebagai penduduk setempat, saya tidak mahu peristiwa hampir 30 tahun lalu kembali berulang kerana tindakan orang luar datang melakukan pelbagai perbuatan khurafat dan tahyul di masjid ini.

“Satu masa dahulu, ada kubur alim ulama di pekarangan masjid ini hingga menarik perhatian penduduk luar yang datang melakukan upacara serta penyembahan dengan menyalakan lilin.

“Tindakan mereka ini menimbulkan keresahan kepada kami yang akhirnya bersepakat menggali kubur terbabit dan memindahkannya ke tanah perkuburan disediakan selepas mendapat pandangan alim ulama,” katanya.

Menurutnya, sejak itu, kehadiran orang luar untuk melakukan upacara pelik mula berkurangan, namun ada segelintir yang degil masih bertanyakan kepadanya lokasi tepat kubur dipindahkan itu.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak pernah memberitahu mereka lokasi sebenar dan mereka bersepakat tidak meletakkan sebarang tanda di kubur alim ulama dipindahkan itu.

“Jadi, saya harap orang ramai tidak perlu tularkan gambar kubur guru didakwa tidak terjejas itu kerana dikhuatiri akan mencetuskan perbuatan khurafat dan pelik kepada individu tertentu,” katanya.

Semalam, tular gambar kubur arwah seorang guru kerana didakwa tidak disentuh lumpur ketika banjir kilat dalam tragedi kepala air Gunung Jerai.

Keadaan kubur itu dikaitkan dengan amalan guru besar terbabit yang didakwa seorang pendiam dan tidak pernah mencampuri urusan orang lain ketika masih hidup.

Berita Penuh : hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/749782/kubur-tak-terjejas-tragedi-kepala-air-terletak-di-tempat-tinggi

BACA: Usul Undi Tidak Percaya Kerajaan Thailand

COMMENTS