Tular dakwaan keluar Umno, ini penjelasan KJ

Tular dakwaan keluar Umno, ini penjelasan KJ. Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini tampil menafikan beliau keluar daripada parti tersebut sebagaimana didakwa sebuah saluran di YouTube.

Video berdurasi 2.07 saat itu menggunakan tajuk KJ Keluar UMNO!! Sah, Keputusan Muktamad Khairy Jamaluddin!! yang dimuatnaik pada Khamis lalu.

Khairy menerusi Instagramnya berkongsi tangkap layar tajuk berita berkenaan dan menegaskan bahawa beliau tetap UMNO walaupun telah berdepan dengan pelbagai dugaan sebelum ini.

Tular dakwaan keluar Umno, ini penjelasan KJ

Saya tidak suka layan berita macam ini tetapi ramai mesej dan tanya. Saya tetap UMNO. Saya menang Ketua Pemuda tetapi tidak dilantik Kabinet dan dipulau, tetap UMNO.

“Waktu kalah PRU dan macam-macam penganiayaan politik, tetap UMNO. Saya kalah (pemilihan parti) bagi jawatan Presiden dan dipandang semacam, tetap UMNO. Kena cari kawasan baharu pun, tetap UMNO. Jangan risau. Dulu, kini, selamanya,” katanya pada Isnin.

Sinar Harian berkesempatan menonton dan di awal laporan menjelaskan bahawa lakaran kecil, gambar dan tajuk hanyalah ilustrasi selain meminta penonton untuk mengikutinya sehingga habis bagi mengetahui isi berita yang disampaikan.

Berdasarkan laporan berkenaan tidak dinyatakan mengenai dakwaan Khairy keluar daripada parti itu sebaliknya hanya berkisarkan kepada kesediaan Khairy sebelum ini untuk melepaskan kerusi Parlimen Rembau kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan selain beberapa kerusi berpotensi dikaitkan untuk ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

BACA:

Lebuhraya SUKE catat kemalangan pertama

Ramai dakwa kena pukau di ’roundabout’ ini, katanya di Putrajaya

Tular video ‘mesra’ dengan lelaki, pelakon remaja ini tampil bersuara