Tugu Peringatan Perang Ini Dibuat Dari Mayat Manusia

Tugu Peringatan Perang Ini Dibuat Dari Mayat Manusia

Tugu Peringatan Perang Ini Dibuat Dari Mayat Manusia.Ahli arkeologi berjaya merungkai rahsia tugu peringatan perang berusia 4,300 tahun di laman Tell Bahat. Difahamkan tugu tersebut bukan sahaja dibina menggunakan bahan semula jadi, tetapi didalamnya juga terisi dengan 30 mayat tentera Syria yang meninggal dunia semasa berperang.

Memetik laporan Live Sciene, Anne Porter, seorang profesor Peradaban Timur Tengah Kuno di University of Toronto, mengatakan bahawa mayat tersebut ditanam di sana adalah sebagai tanda orang pada zaman dahulu menunjukkan hormat kepada mereka yang telah mati di dalam pertempuran dahulu. Tambahnya lagi, tugu tersebut besar dan boleh dilihat dari jarak jauh.


Tugu peringatan ini seperti piramid tangga Djoser di Mesir. Tetapi yang membezakannya ialah monumen itu terbuat dari tanah dan gipsum, bukan batu, kata para ahli dalam sebuah kajian yang diterbitkan pada 28 Mei di jurnal Antiquity. Mereka yang tinggal di kawasan ini menyebut gundukan itu sebagai “monumen putih” kerana ia terbuat dari gipsum dan menyebabkan tugu itu berkilau di bawah sinar matahari.

Para penyelidik melihat bahawa mayat itu dikuburkan dengan teliti. “Tulang itu mungkin berasal dari medan perang lama, atau dari kubur. Bagaimanapun, tulang dipilih dengan hati-hati, disusun dan akhirnya dimonumulasikan, lama setelah mati,” tulis para arkeologi.

Kawasan ini digali antara tahun 1988 dan 1999 oleh pasukan yang diketuai oleh Porter dan Thomas McClelland, yang merupakan ahli arkeologi pada masa itu dengan Projek Penyelamatan Euphrates. Mereka melakukan penggalian sebelum lokasi tersebut dibanjiri dengan pembinaan Empangan Tishreen.

Sumber: https://www.thevocket.com/tugu-peringatan-perang-berusia-4300-tahun-ini-dibuat-dari-mayat-manusia/

BACA: Wanita dihukum mati kerana mengaku sebagai Nabi

COMMENTS