Tuduhan rasuah : Pemimpin Amanah lapor polis pemilik FB tabur fitnah

Tuduhan rasuah : Pemimpin Amanah lapor polis pemilik FB tabur fitnah

Hari ini Timbalan Pengerusi Amanah Selangor yang juga Ketua Amanah Shah Alam, Haji Azli Yusof bersama sdr Sabki Yusof memfailkan dua laporan polis terhadap pengguna 3 akaun facebook iaitu Kassim Salamat, Mahyuddinrahmat Din & Jafri Kamarudin Eri di IPD Shah Alam kerana dengan sengaja menghantar dan memaparkan poster yang mengandungi gambar mereka berdua atas tujuan mencipta persepsi jahat mengaitkan mereka atas tuduhan rasuah.

Tindakan mengaitkan Sabki Yusof atas tuduhan rasuah tidak boleh diterima sama sekali kerana hasil siasatan telah mendapati Sabki Yusof tidak bersalah dan telah dibebaskan oleh SPRM pada bulan Ogos tahun 2020.

[Baca link ini]
https://www.google.com/…/www.hmetro.com.my/node/610515/amp

Begitu juga dengan Haji Azli Yusof yang tidak pernah pun ditahan oleh SPRM apatah lagi disabitkan dengan kesalahan rasuah. Semasa menjawat jawatan sebagai Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan, pasangan suami isteri, datuk dan datin yang merupakan agen hartanah telah menggunakan nama Haji Azli Yusof bagi tujuan memalsukan dokumen. Selepas disoal siasat oleh Pegawai Penyiasat PDRM, akhirnya pasangan suami isteri itu mengaku Haji Azli Yusof tidak terlibat. Dan pada hari Jumaat yang lalu, pasangan suami isteri ini telah didakwa Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

[Baca link ini]
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1893044

Bagi menjaga nama baik, laporan polis telah dibuat ke atas pengguna 3 akaun facebook itu dan tindakan undang-undang seperti saman fitnah turut Akan difailkan. Seperti mana disiarkan secara live dalam Malaysiadateline.com hari ini.

[Lihat video ini]
https://www.facebook.com/malaysiadateline/videos/881720479027508/

Justeru itu kepada yang dapat memberikan maklumat pengguna akaun Kassim Salamat boleh salurkan dengan mesej melalui inbox page Amanah Shah Alam. Dua individu lagi sudah dikenalpasti dan telah diserahkan kepada PDRM untuk jalankan siasatan bagi posting terbabit.

Sumber :

COMMENTS