Tuan Guru Hj Zulkifli Hj Ismail sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri

Tuan Guru Hj Zulkifli Hj Ismail sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri

Tuan Guru Hj Zulkifli Hj Ismail atas pelantikan sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri .Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Tuan Guru Hj Zulkifli Hj Ismail atas pelantikan sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri yang baharu dan tentunya saya akan banyak beri sokongan kepada beliau,
.

Kamarudin berkata, pertukaran itu bagaimanapun tiada kaitan dengan kekalahannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong pada PRN lalu.

Itu satu pertukaran biasa sahaja kerana jawatan Pesuruhjaya Pas Negeri biasanya hanya tiga penggal dan saya sudah cukup tempoh itu.

“(Jadi) tiada kena mengena dengan PRN kerana jawatan itu boleh dilantik semula selepas ‘rehat’ satu penggal dan saya masih kekal Yang di-Pertua Pas Kawasan Jasin,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Terdahulu, berdasarkan kenyataan media dikeluarkan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, hanya Kamarudin tidak dikekalkan bagi sesi 2021-2023 manakala 13 lagi Pesuruhjaya Negeri masih penyandang yang sama.

Perkara itu jelasnya telah diputuskan melalui Mesyuarat Kali Kedua, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada 21 November 2021 yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Jelas Kamarudin lagi, beliau meletakkan harapan tinggi untuk Pas terus berkembang khususnya di negeri Melaka.

“Semoga Pas terus berkembang khususnya di Melaka dan menjadi sebuah wadah perjuangan Islam yang menyatukan ummah.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berakhir Sabtu lalu menyaksikan beberapa jawatan tertinggi parti peringkat negeri itu mula bertukar tangan.

Selepas Pengerusi DAP negeri, Datuk Tey Kok Kiew mengumum melepaskan jawatan, Pas pula mengumumkan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Kamarudin Sidek tidak lagi menjawat jawatan itu.

BACa: BN patut berterima kasih kepada saya,Kerana undi saya DAP kalah
.

COMMENTS