Tragis !!! Ibu dua anak maut ditikam kekasih sendiri

Tragis !!! Ibu dua anak maut ditikam kekasih sendiri

Seorang wanita ditemui mati dengan kesan tikaman di badan di rumahnya di Taman Perpaduan, dekat Ipoh, pada Rabu malam.

Dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu, K Krishna, 31, ditemui mati akibat kecederaan parah dipercayai ditikam seorang lelaki yang dikatakan teman lelakinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata polis menerima panggilan mengenai kejadian daripada jiran mangsa yang memaklumkan berlaku pergaduhan di antara mangsa dengan seorang lelaki.

“Apabila pihak polis datang untuk buat siasatan didapati terdapat satu lelaki dan satu perempuan berdarah di dalam rumah.

“Apabila kita jalankan siasatan didapati terdapat beberapa tikaman pada tubuh badan wanita tersebut dan juga terdapat beberapa tikaman juga daripada tubuh badan si lelaki.

“Suspek lelaki ini telah kita hantar kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut disebabkan oleh beberapa tikaman.

“Kita tidak pasti sama ada tikaman tersebut dilakukan oleh wanita si mati tu ataupun dia cuba bunuh diri,” kata Anuar.

Menurutnya, polis turut menemui senjata pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

Polis akan memanggil beberapa saksi termasuk dua anak mangsa yang berusia 6 dan 8 tahun bagi membantu siasatan.

Lelaki berusia 23 tahun itu dilaporkan telah beberapa kali mengganggu mangsa dan pernah ditangkap polis pertengahan Mac lalu kerana menceroboh rumah mangsa.

Setakat ini, polis mengesyaki kejadian itu berpunca daripada masalah hubungan di antara pasangan kekasih.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ibu-tunggal-maut-dipercayai-ditikam-kekasih-293354

COMMENTS