Tolonglah SPRM, jangan siasat Rina….

Tolonglah SPRM, jangan siasat Rina….

Selain mengejutkan ramai kerana secara tiba-tiba berjaya melangsingkan badannya, Rina Harun sekali lagi mencuri tumpuan dengan memperlihatkan dirinya seolah-olah ada keajaiban lantaran berjaya melangsaikan hutangnya berjumlah sekitar RM1.3 juta dengan sekelip mata.

Hutang dengan sebuah syarikat produksi berpangkalan di Paris itu dibayar secara tunai oleh beliau bagi mengelakkannya daripada diisytiharkan muflis.

Sehubungan itu, ramai mempertikaikan kemampuan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berbuat demikian serta meragui daripada mana beliau memperolehi wang tersebut.

Ia lebih-lebih lagi kerana dalam perisytiharan yang pernah dibuatnya pada 2019, beliau mengumumkan pendapatannyaa ketika itu adalah RM34,004.48 sebulan serta aset sebanyak RM72 ribu.

Jika tiada sebarang perubahan dalam gaji bulanan Rina antara Jun 2018 hingga Feb 2021, bermakna keseluruhan pendapatannya hanya berjumlah RM1,122,000.00.

Dengan andaian beliau tidak berbelanja walau sesen pun daripada gaji bulanannya itu untuk dirinya atau tujuan-tujuan lain, jumlahnya masih dikira tidak cukup bagi membayar hutang RM1.3 juta itu secara tunai.

Sedemikian itu, dipersoalkan daripada manakah beliau memperolehi wang sebanyak itu untuk membayar hutangnya?

Tidak kurang yang meminta pihak berkuasa, khususnya SPRM agar melakukan siasatan terhadap Rina.

Wajarkah SPRM menyiasat atau badan itu hanya perlu berdiam diri saja?

Mengambil kira PN ini adalah sebuah kerajaan Melayu/Islam, tambahan lagi ada Pas, sebuah parti Islam didalamnya, rasanya elok SPRM abaikan saja sebarang dakwaan yang wujud berkaitan menteri itu.

Ehhh…takkanlah menteri kerajaan Melayu/Islam sanggup makan duit tepi?

Lagi pun, mana tahu Rina ada sumber kewangan lain yang kita semua tidak tahu tentangnya?

Jika melangsingkan badannya pun boleh dilakukannya tanpa kecoh-kecoh, tidak mustahil sumber kewangan halal lain yang dimilikinya, selain gaji bulanan pun tidak suka dihebohkannya kepada sesiapa.

Selain itu, barangkali juga beliau meminjam wang dengan sesiapa untuk membayar hutang tersebut.

Maklumlah dah jadi menteri, belum muka mulut nak pinjam pun mungkin ramai yang sedia atau rela hati meminjamkan wang mereka.

Oleh itu, tolonglah SPRM…jangan buang masa mahu membuka fail siasatan terhadapnya.

Senang cerita, SPRM hanya perlu buat-buat tak nampak dan jangan ambil kisah pun tentang kemampuan tiba-tiba Rina membayar hutang sebanyak RM1.3 juta secara tunai itu.

Berita penuh : https://shahbudindotcom.net/2021/02/17/tolong-sprm-janganlah-rina-disiasat-apa-apa.html

 

COMMENTS